Wednesday, May 25, 2011

Promotion AirAsia..

Big Sale AirAsia hanya dari 10sen!!

Weeiii mmg best tgk promosi Air Asia nie...jgn lepaskan peluang  g bercuti ngan keluarga dan rakan2..!!
menambah kenangan bersama meraka untuk tahun 2012.
ck Wawa belom booking lagi coz kene bincang dolu...

just nk berkongsi info bersama kalian

Book From: 23 - 29 May 2011
Travel From: 6 Feb - 20 June 2012

FROM Ringgit Malaysia 10sen!!!!!!

Many Destinations can go!..


Kalo nak lebih details http://www.airasia.com/my/ms/home.page!!!!

Selamat Bercuti kawan2!!!...Yaaahhhuuuuu..


BUY 1,GET 1 FREE!!

Morning friends.......


pepagi nie ck wawa ade mood nk updated blog...cos ck wawa nk berkongsi pasal..
promotion McDonald's start 24/5/2011 untill 25/5/2011

information nie pon ck wawa dapat taw dri mmber opis...
dye plak dpt info mmber2 twitter,mudah kan ckrg...
segala info ujung jari saje...XoXo


promotion hanya utk McChiken...
test skali Banana Toffee..syupppppppp..
pasti sedap~~

http://www.mcdonalds.com.my/highlights/lovinmidmonthpromo.asp  ----> search page nie k...


p/s:ok selamat menjamu selera >3


...Murid ditarik depan sekolah..

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun nyaris menjadi mangsa rogol selepas diculik lebih satu jam oleh seorang lelaki dari kawasan sekolahnya berhampiran Jalan Semarak, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, suspek dipercayai gila seks menculik mangsa dengan tujuan merogolnya, namun mangsa terselamat apabila penjenayah terbabit melarikan diri selepas menyedari beberapa orang awam melalui kawasan semak tempat dia melarikan kanak-kanak berkenaan.
Sumber polis memberitahu, sebelum kejadian mangsa dilaporkan keluar dari kelasnya untuk ke tandas sebelum disapa suspek yang berada di luar pagar sekolah berkenaan.

"Apabila mangsa menghampiri suspek, lelaki dipercayai berusia 30-an itu segera memegang tangan mangsa dengan kuat. Dia melilit badan mangsa menggunakan kain pelekat sebelum mengangkat mangsa keluar melepasi pagar sekolah.

"Ketika itu, mangsa menjerit ketakutan, namun tidak didengari sesiapa. Suspek kemudian meletakkan mangsa di atas motosikalnya dan membawa kanak-kanak itu ke satu kawasan semak di Jalan Semarak, kira-kira dua kilometer dari sekolah," katanya.



p/s:KENAPE MANUSIA SEKARANG???

Tuesday, May 24, 2011

Chelsea pecat Ancelotti

LONDON - Chelsea telah memecat pengurus pasukan itu, Carlo Ancelotti awal pagi semalam.

Chelsea mengambil keputusan untuk memecat Ancelotti selepas penggendali dari Itali itu gagal membantu skuad The Blues memenangi sebarang gelaran musim ini.
Andre Villas-Boas yang membawa Porto menjuarai Liga Europa dan Liga Portugal dianggap calon pilihan untuk menggantikan tempat Ancelotti itu.

Turut dikaitkan ialah bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho yang kini merupakan jurulatih Real Madrid dan pengurus Turki, Guus Hiddink.
Pada aksi terakhir Liga Perdana England awal pagi semalam, Chelsea tewas 0-1 kepada Everton untuk menamatkan saingan musim ini di tempat kedua selepas ketinggalan sembilan mata di belakang Manchester United.

Dengan pemecatan Ancelotti itu, Chelsea sudah pun mempunyai seramai tujuh orang pengurus sejak hartawan Rusia, Roman Abramovich mengambil alih kelab London itu pada 2003.

"Chelsea dengan ini mengesahkan bahawa Ancelotti telah pun berpisah dengan kelab ini pada hari ini (semalam)," menurut satu kenyataan di laman web rasmi Chelsea kira-kira dua jam selepas tamat pertemuan dengan Everton itu.

"Pemilik kelab dan juga ahli lembaga pengarah mengucapkan terima kasih kepada Ancelotti di atas sumbangan dan pencapaiannya sejak memegang jawatan pengurus pada Julai 2009.

"Ia termasuk kejuaraan berganda musim lalu yang merupakan kali pertama berjaya dilakukan dalam sejarah kelab ini."
Jelas kenyataan itu lagi, persembahan musim ini yang jauh merosot daripada apa yang diharapkan telah membuatkan kelab berpendapat bahawa inilah masa terbaik untuk melakukan perubahan bagi menghadapi musim depan.

"Objektif jangka panjang Chelsea dan cita-cita kelab ini tidak pernah berubah. Kami kini akan memberi sepenuh tumpuan dalam mengenal pasti identiti pengurus baharu," tambah kenyataan itu.

Chelsea tampak bermula garang musim ini apabila menang kesemua lima perlawanan awal liga dengan ledakan 21 gol.
Segalanya tampak bermasalah pada November lalu apabila mereka tewas kepada Liverpool, Sunderland dan Birmingham selain beberapa keputusan seri lain yang memudahkan United mengambil alih kedudukan pendahulu. - Reuters

sumber:KOSMO

Solekan daya penarik

Solekan mampu memberikan kuasa yang tiada tandingnya. Solekan mampu mengubah wajah seseorang menjadi anggun, cantik, dan berseri. Menjelang hari bahagia, riaskan wajahmu dengan produk Giffarine yang pastinya memukau setiap mata yang memandang. Dengan sedikit sentuhan daripada produk Giffarine,
hari bahagia anda pasti akan lebih bermakna.

Panduan

♥ Bersihkan wajah
Wajah perlulah bersih terlebih dahulu daripada sebarang peluh ataupun minyak. Jika terdapat cela-cela ini, solekan akan kelihatan bertompok-tompok dan kelihatan tidak sekata.

♥ Ayu dengan solekan natural
Gaya solekan yang sesuai untuk majlis pernikahan ialah tidak terlalu tebal dengan pembayang mata dan pemerah pipi. Aplikasikan gaya solekan ini di majlis pernikahan yang biasanya diadakan pada sebelah malam. Penggunaan warna-warna tanah dan pastel akan menyerlahkan lagi kuasa solekan semula jadi itu.
Bagi solekan waktu malam, warna yang digunakan lebih cerah dan terang supaya dapat menyerlahkan lagi wajah seseorang itu. Pembayang mata yang terang
dapat menyerlahkan seri wajah dengan rona gelap malam selain daripada kesan gemerlapan cahaya.

♥ Sembunyikan lingkaran gelap bawah mata
Lingkaran gelap bawah mata merupakan igauan besar bagi bakal mempelai. Oleh itu, gunakanlah concealer daripada tona yang hampir sama dengan warna kulit. Concealer mampu menyamarkan kesan gelap bawah mata anda.

Hikmah sebalik musibah

AMPANG: "Impian selama 11 tahun untuk berjumpa ibu kandung termakbul apabila ibu datang ke hospital menziarahi saya dan rakan walaupun dalam suasana sedih selepas kehilangan ramai saudara dalam kejadian tanah runtuh," kata Muhd Aizad Qushyariry Abd Karim, 13, mangsa kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim Al-Taqwa, Hulu Langat dekat sini.
Muhd Aizad yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil, Hulu Langat dan tinggal di rumah anak yatim itu sejak empat tahun lalu berkata, setiap masa dia tidak pernah lupa berdoa agar dipertemukan dengan ibu kandungnya, Nur Suzana Abdullah, 37, dan adik perempuan, Aerryssa Fadiana Abd Karim, 11, selepas berpisah ketika masih kecil.

Katanya, dia masih terkejut tetapi gembira apabila ibunya datang melawat selepas sekian lama tidak berjumpa dan hanya doa menjadi penghubung antara mereka.
"Hanya rasa syukur dapat diluahkan apabila ibu datang memeluk dan mencium saya untuk pertama kali selepas 11 tahun tidak bersua.

"Saya berjanji akan menjadi anak yang patuh dan mahu tinggal bersamanya selain tidak melupakan ibu angkat, (Nor Aida Yaacob, 31,) yang bersusah payah membesarkan saya dan memberi pelajaran secukupnya," katanya ketika ditemui di Hospital Ampang di sini, semalam.

Muhd Aizad yang patah tangan kiri dan cedera di badan berkata, kejadian malang itu tidak boleh dilupakan seumur hidup apabila separuh badannya hingga tengkuk tertimbus dengan tanah selama dua jam sebelum diselamatkan anggota bomba dan penyelamat.
"Pada masa itu, saya hanya mampu berdoa sambil menyebut nama ibu dan berharap dapat berjumpa dengan mereka dan memeluk kedua-duanya.

"Saya bersyukur kejadian ini mempunyai hikmah kerana dapat merasai kasih sayang dua ibu selain ayah kandung, (Abd Karim Yaacob, 40,) yang banyak berdoa dan berjasa kepada saya," katanya yang kini semakin pulih dan ceria walaupun masih trauma.
Menurutnya, dia akan tinggal bersama ibu kandungnya selepas ini dan bergilir-gilir ke rumah ibu angkatnya yang juga ibu saudaranya.

Bagi Nur Suzana pula, dia hanya mengetahui kejadian menimpa anaknya itu melalui siaran berita di televisyen, kelmarin.

Katanya, dia yang terlihat nama anaknya yang dicari sejak 11 tahun lalu hanya mampu menangis kerana doanya selama ini dimakbulkan.

"Sekian lama saya mencarinya hanya kini baru berjumpa dan bersyukur kerana Muhd Aizad selamat dalam kejadian itu," katanya.

"Tidak tergambar dengan kata-kata apabila dapat berjumpa anak kesayangan dan memeluk kembali tubuh kecil selepas sekian lama terpisah," katanya.

Menurutnya, selepas berpisah dengan suami, dia membawa diri ke Hulu Klang dan tinggal di sana dengan meninggalkan Muhd Aizad dan anak sulungnya, Mohd Alif Zafran Abd Rahim, 15, bersama suami.

Monday, May 23, 2011

Bergaya santai dengan Fipper

PENGARUH pemakaian selipar ringkas atau flip flop sudah lama menjadi sebahagian daripada kehidupan harian rakyat Malaysia.
Sejak beberapa tahun lalu, trend itu kembali menjadi pilihan generasi masa kini. Ia bangga dipakai sebagai aksesori bergaya selepas ia melalui beberapa fasa perubahan reka bentuk, warna dan fesyen.

Mendapat jolokan popular selipar Jepun suatu masa dahulu, flip flop kini diakui sebagai pilihan fesyen sepanjang zaman yang tidak luput ditelan arus kemodenan.
Tidak lagi dilihat sebagai aksesori yang tidak seiring perkembangan fesyen semasa, flip flop sebaliknya semakin popular dalam kalangan golongan muda terutamanya remaja masa kini untuk melengkapi aktiviti santai mereka.

Justeru, EarthFour Sdn. Bhd. yang membangunkan jenama Fipper pada tahun 2008 menghasilkan rekaan-rekaan flip flop yang trendy dan terkini untuk dipakai generasi penggemar yang mahu tampil bergaya dengan mudah dan ringkas.

Pengurus Besarnya, Dylan Cheong berkata, jenama Fipper dibangunkan selepas satu kumpulan kecil yang terdiri daripada empat anak muda melihat perkembangan fesyen sandal flip flop di negara luar yang begitu pesat membangun.

"Kini, Fipper mempunyai tiga orang pereka khas kreatif yang merupakan anak tempatan. Mereka menghasilkan rekaan yang menepati cita rasa semua golongan tidak kira usia," katanya ketika ditemui di butik Fipper di Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan Minggu lalu.

Menurut Dylan, Fipper merupakan 100 peratus jenama tempatan tetapi melalui proses pembuatan di Thailand.

Walaupun rupanya tidak seperti kasut atau sandal berjenama, ia tetap dilihat menarik di kaki pemakainya. Bukan sahaja cantik dan berkualiti, Fipper turut dijual dalam variasi pilihan warna yang sesuai dipadankan dengan pakaian santai.

"Fipper dihasilkan menggunakan getah asli sepenuhnya dan bahan mentah yang paling sesuai boleh didapati di Thailand. Disebabkan itu, logo jenama ini menggunakan imej gajah yang terkenal di negara berkenaan," katanya.

Dylan memberitahu, fesyen flip flop masih baru di Malaysia tetapi sudah berkembang dengan cepat di luar negara yang menyediakan pelbagai rekaan berkualiti tinggi dan dijual pada harga tinggi.

"Fipper merupakan jenama peneraju di Malaysia dan kami mahu menghasilkan rekaan-rekaan terkini seiring permintaan dan perkembangan fesyen flip flop di sini.
"Kelebihan Fipper bukan sahaja pada harganya yang rendah berbanding kualitinya yang tinggi, malah ia antikulat dan bahan aslinya memastikan pengguna tidak tergelincir ketika pemakainya melangkah di permukaan licin," katanya.

Dalam pada itu, Dylan memberitahu, setiap rekaan Fipper tampil di antara 30 hingga 40 pilihan warna berbeza yang menepati cita rasa fesyen yang pelbagai.
Warna-warna terang seperti oren, hijau, merah, kuning, biru, firus dan ungu menjadi 'buruan' ramai, apatah lagi keluaran yang menggabungkan dua atau lebih warna.
"Setiap pasang Fipper mempunyai padanan warna yang sepadan atau kontra atau berjalur, terpulang kepada cita rasa pelanggan. Ada yang mahu tampil klasik dengan gabungan warna asas, atau tampil funky dengan gabungan warna-warna terang dan kontra.

"Ia bukan sahaja sesuai untuk kedua-dua aktiviti dalaman dan luaran, generasi masa kini memakai flip flop di mana-mana sahaja, sama ada ketika membeli-belah, keluar bersantai bersama teman atau ke pantai untuk menikmati masa percutian berkualiti," katanya.

Jelas Dylan, sejak diperkenalkan, Fipper mempunyai komuniti Facebooknya sendiri yang bukan sahaja membeli Fipper untuk kegunaan harian tetapi dijadikan koleksi peribadi yang lain daripada yang lain.

"Ada penggemar flip flop kini menjadi pengumpul jenama Fipper dengan memastikan mereka mempunyai koleksi warna-warna menarik yang menjadi kegemaran mereka.

"Selain itu, dengan koleksi tersebut, ia boleh dipakai dengan warna pakaian yang sepadan setiap kali keluar rumah. Pengguna tidak akan rasa terbeban untuk menyimpan koleksi Fipper kerana ia murah tetapi cantik dan selesa," katanya.



JB-Puchong-UiTM Puncak Alam

Salam Sayang...

Alhamdulilah kami selamat pergi dan balek....terima kasih Allah (",)
Azilah Aziz dh di Uitm dh jd siswi anak saudara ck wawa...


Perjalanan yg mengambil mase 4 jam dri Johor ke Puchong
bertolak dalam kol 5pm dan singgah di Ayer Keroh utk menjlnkan tanggungjwab
sbagai hamba Allah (solat Maghrib)
sambung perjalanan ke Puchong....naseb baek my dear Shafanizam taw jln ke sane..

Sampai di Puchong,kdtgan kami di sambut oleh adik abg ipar
menjamu selera di sebuah kedai makan,aku reject kedai tu...
services lembap...kt area Laman Puteri 1 Puchong jaya.

Kami bermalam di sane,sambung perjalanan ke Puncak Alam...
perjalanan ambil mase 1 jam (lebey kurang la)...
2 kali bayo tol..sampai kwasan puncak perdana....
hutan kiri dan kanan jalan...cuaca yang sejuk...

trademark "air bukit" pasnie senang jika taw...
12km Uitm Puncak Alam dari Puncak Perdana..
fuhhhhh jauhkan....


After 15 minit...
yeay!! ck wawa dh sampai Uitm Puncak Alam..
rase mcm ck wawa plak yg nk g study...
kawasan yg luas,pemandangan yg chantek,di kelilingi hutan2 Malaysia..
yg besh hantar Azilah naek bas Uitm...lagi la teruja..
dh lame x naek bas...mcm g rombongan Cik Kiah plak..
HAHA.

Azilah di tempatkn di asrama R2 tingkat 2
no bilik 4204 (b) sebilik ngan Aishah dr Terengganu...
WAH...azi ade harapan dapat mam telur penyu..




Selesai sume perkara...ck wawa ngan sume balek JOHOR...

Alhamdulillah sampai jb kol 7.30pm...






Wanita lebih berisiko



DULU ia disangka penyakit yang hanya berlaku pada penduduk Barat khususnya orang kulit putih, tetapi kini sklerosis berbilang (MS) didapati turut dialami masyarakat Asia termasuk negara kita khususnya di kalangan wanita muda.
Mungkin ramai tidak pernah dengar nama penyakit ini. Memang, MS adalah antara penyakit yang jarang dibincangkan, malah di kalangan pengamal perubatan sendiri ada yang kurang tahu mengenainya.
Jumlah pesakit MS di negara kita juga tidak ramai, dianggarkan antara 500 hingga 600 orang saja namun ia perlu diberi perhatian kerana penyakit ini boleh menyebabkan pesakit hilang keupayaan dan semangat untuk hidup.

Perunding Neurologi Hospital Kuala Lumpur, Dr Shanti Viswanathan, menasihatkan sesiapa yang mengalami gejala seperti kebas, pandangan kabur atau berganda, pertuturan menjadi perlahan dan tidak jelas, kerap lupa, pengecutan otot tidak terkawal, pergerakan tidak stabil dan cepat penat yang berulang kali, supaya segera menjalani pemeriksaan urat saraf kerana ini antara tanda MS.

MS adalah penyakit neurologi kronik yang membabitkan sistem saraf pusat, khususnya otak, saraf tunjang dan saraf optik. Ia menjejaskan sel saraf (neuron), sel otak dan saraf tunjang yang membawa maklumat, membentuk fikiran dan persepsi serta membenarkan otak mengawal pergerakan badan.

Neuron ini sebenarnya diselaputi satu lapisan berlemak yang dikenali sebagai mielin untuk melindunginya dan membawa isyarat elektrik kepada otak. Dalam kes MS, sistem imunisasi menyerang lapisan mielin ini menyebabkan saraf 'luka' dan rosak sehingga menimbulkan pelbagai gejala, bergantung kepada isyarat mana yang terganggu.

Pesakit boleh mengalami masalah kebas, hilang sensitiviti deria sentuh atau penglihatan terganggu ketika penyakit menyerang. Bagaimanapun, sehingga kini tiada siapa yang tahu apa yang menyebabkan penyakit ini. Namun ia dikatakan ada kaitan dengan genetik, faktor persekitaran dan serangan virus. Oleh kerana ia berkaitan dengan faktor genetik, penyakit ini boleh diwarisi.

"MS lebih kerap berlaku pada wanita (dua kali ganda berbanding lelaki) khususnya dalam lingkungan usia 20 hingga 40 tahun. Bagaimanapun, pada umumnya ia boleh muncul pada semua peringkat umur pada bila-bila masa.

"Ini adalah waktu kemuncak bagi hidup seseorang wanita. MS boleh menyebabkan lebih banyak ketidakupayaan dan memperlahankan gerak balas seseorang. Secara umumnya, MS boleh membuatkan kehidupan pesakit terjejas hingga ada yang terpaksa berhenti kerja atau pengajian. Keadaan pesakit boleh bertambah buruk jika tidak mendapat rawatan kerana ada yang tidak boleh berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak," katanya.

Gejala MS mungkin muncul dalam beberapa bentuk berbeza kerana gejala baru boleh berlaku dalam serangan berasingan atau beransur-ansur dalam tempoh tertentu. Serangan awal biasanya bersifat sementara, ringan dan terhad. Malah, ada pesakit tidak mengalami gejala.

Gejala MS banyak dan pelbagai, ada kalanya menyerupai penyakit lain seperti strok. Justeru, kena berjumpa pakar saraf (neurologi) untuk pengesahan. Dulu lebih banyak berlaku pada orang kulit putih tetapi kini didapati ramai penduduk Asia turut mengalami MS. Ini mungkin disebabkan kurang pengetahuan dan kesedaran mengenai MS membuatkan ramai pesakit tidak datang mendapatkan rawatan.


Antara gejala MS:

    • Saraf tengah - Penat, gangguan kognitif seperti sukar menjalankan dua atau tiga tugas pada satu masa, masalah mematuhi arahan terperinci, hilang ingatan jangka pendek dan emosi tidak stabil.

    • Penglihatan - Imej dilihat kelihatan berganda, pergerakan mata yang pantas di luar kawalan, neuritis optik (sakit saraf mata) seperti pandangan kabur, mata sakit, hilang warna dan buta.

    • Percakapan - Percakapan menjadi tidak terang.

    • Tekak - disfagia (sukar menelan makanan dan minuman).

    • Muskuloskeletal - Lemah, pengecutan otot tidak terkawal, ataksia (hilang kebolehan untuk seimbangkan badan, gerakan bergoyang dan jalan tidak stabil akibat kegagalan otak mengawal postur badan, kekuatan dan arah gerakan anggota).

    • Deria - Sakit, sensibiliti yang keterlaluan terutama pada kulit, anggota badan menjadi kebas (gelenyar).

    • Usus - Sembelit, cirit-birit.

    • Saluran kencing - kebocoran kencing, terlalu kerap atau sukar kencing.

    Gejala awal yang kerap dilaporkan adalah perubahan rasa pada tangan, kaki atau muka (33 peratus), kehilangan penglihatan separuh atau sepenuhnya (16 peratus), lemah (13 peratus), penglihatan berganda (tujuh peratus), terhuyung-hayang apabila berjalan (lima peratus) dan masalah keseimbangan (tiga peratus).

    MS tidak hanya mengganggu hidup pesakit, ia juga memberi kesan kepada pasangan. Ini kerana pesakit MS juga akan mengalami masalah disfungsi seksual seperti nafsu seks menurun, berlaku perubahan rasa sensasi pada kemaluan, kekerapan atau keupayaan orgasma berkurang, vagina kering dan otot vagina menjadi lemah.


    Jenis MS

    MS ada beberapa jenis dan antara yang paling kerap berlaku:

  • MS berulang - 80 peratus pesakit akan mengalami satu tempoh bebas penyakit (remisi) sebelum serangan kedua berlaku. Ketika serangan berulang, pesakit boleh alami gejala yang tidak pernah dialami sebelum ini. Tempoh remisi iaitu antara dua serangan tidak diketahui, ia mungkin beberapa hari atau tahun. Tempoh serangan boleh menjadi petanda kepada penyembuhan.

  • MS kemaraan sekunder - Hampir 90 peratus pesakit yang mengalami serangan berulang akan memasuki tahap kedua ini. Cirinya adalah gejala penyakit biasanya bertambah buruk dan menyebabkan penjejasan kekal pada sistem saraf pusat. Kemaraan penyakit berlaku secara perlahan dan kebanyakan pesakit boleh berfungsi seperti biasa dalam tempoh lama.

  • MS kemaraan pengulangan - Kira-kira lima peratus pesakit akan sampai ke peringkat ini. Boleh berlaku serangan akut dalam tempoh remisi dan lebih banyak serangan akan menyusul selepas pengulangan serangan.
    Dalam kes ini, tempoh serangan tidak menandakan penyembuhan.

  • MS kemaraan primer - Hampir 10 peratus pesakit akan mengalami jenis MS ini. Pesakit secara perlahan-lahan akan hilang keupayaan tetapi mereka tidak mengalami serangan akut. Jadi jenis MS ini lebih sukar dikesan.

  • MS benigna - Penyakit akan berada dalam keadaan tidak aktif buat satu tempoh yang lama. Ini bermakna pesakit tidak pernah mengalami sebarang gejala.


    Bagaimana MS mempengaruhi hidup pesakit?

    Seperti diterangkan di atas, gejala MS merangkumi aspek fizikal dan mental. Ramai pesakit MS kerap mengalami gangguan

    emosi, ini termasuk rasa kecewa dengan diri kerana hilang keupayaan untuk melakukan sesuatu akibat kerosakan saraf yang menjana dan mengawal emosi.

    Mereka mudah berasa murung, marah, bimbang, resah dan cepat berputus asa. Malah, kajian menunjukkan pesakit mempunyai kebarangkalian 7.5 kali lebih tinggi untuk membunuh diri. Masalah kognitif seperti sukar mengingat, hilang orientasi fikiran dan tumpuan juga boleh mendatangkan tekanan kepada pesakit kerana ada kalanya mereka pasangan atau ahli keluarga sendiri.

    Menurut Presiden Persatuan Sklerosis Berbilang Malaysia, Padma Panikker, ketika inilah pesakit MS sangat memerlukan sokongan. Pesakit yang mendapat sokongan didapati kurang mengalami tekanan dan dapat menjalani kehidupan lebih baik. Antara yang boleh memberi sokongan:

  • Kakitangan perubatan (untuk pemeriksaan susulan, menyarankan rawatan lain dan sebagai sumber maklumat bagi membantu pesakit).

  • Keluarga dan rakan (Menyediakan persekitaran yang stabil, memberikan sokongan emosi dan psikologi, menggalakkan pesakit untuk hidup aktif).

  • Kumpulan sokongan (tempat untuk berkongsi pengalaman dan cabaran, bertukar maklumat dan membantu orang lain, kaunseling dan psikoterapi, tempat untuk ahli keluarga atau penjaga berjumpa).


    Pengesanan dan rawatan

    Perunding Neurologi Hospital Kuala Lumpur, Dr Joyce Pauline Joseph berkata, kaedah untuk mengesan MS adalah melalui soal selidik sejarah klinikal dengan bertanyakan gejala dan kekerapan gejala itu berulang contohnya penglihatan terjejas setiap kali mengalami serangan.

    Gejala ini akan hilang sendiri selepas satu tempoh dan diikuti dengan gejala lain beberapa bulan kemudian. Jika perkara ini berlaku beberapa kali, pesakit perlu datang menjalani pemeriksaan.

    Selain itu, ujian yang lebih meluas melalui imbasan imej resonans magnetik (MRI) dan ujian darah. Melalui MRI, bahagian rosak pada otak dan saraf tunjang yang menjadi ciri penting penyakit MS dapat dilihat.

    "Rawatan untuk MS berbeza untuk setiap pesakit bergantung kepada jenis dan tahap penyakitnya. Secara umumnya, pesakit perlu memberi perhatian kepada kesihatan keseluruhan dan menjaga pemakanan," katanya sempena sambutan Hari MS Sedunia pada 26 Mei ini anjuran bersama Merck Serono bagi memberi kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat mengenai penyakit ini serta melenyapkan salah anggapan bahawa ia hanya berlaku di kalangan penduduk Barat.


    Ada beberapa jenis ubat yang digunakan untuk merawat pesakit seperti:

  • Ubat mengubah penyakit - Ia memperlahankan kemaraan penyakit jika diambil dalam jangka masa panjang.

  • Steriod - untuk mengurangkan keterukan serangan.

  • Lioresal, tizanidine atau benzodiazepane - mengurangkan pengecutan otot.

    Selain rawatan, pesakit akan diberi panduan supaya dapat menjalani kehidupan sebaik mungkin antaranya:

    a. Bersenam - Mulakan senaman dengan pergerakan yang perlahan dan berhenti jika terasa sakit. Jika sebelah anggota badan terasa sakit, gunakan sebelah yang kuat untuk bergerak. Ia penting untuk:

    • Meningkatkan atau mengekalkan kekuatan otot.

    • Mengurangkan keletihan.

    • Meningkatkan tahap tenaga dan daya ketahanan.

    • Meningkatkan kawalan pundi kencing dan usus.

    • Mengurangkan rasa tertekan atau murung.

    • Melindungi tulang.


    b. Bagi pesakit yang mengalami masalah sukar menelan:

    • Makan makanan lembut dan hancur seperti bubur nasi bersama daging dan sayur cincang untuk mudah ditelan.

    • Dapatkan bantuan daripada pakar pertuturan mengenai kepekatan makanan supaya pesakit mendapat khasiat secukupnya.


    c. Pesakit yang ada masalah pundi kencing dan usus:

    • Untuk mengelakkan sembelit, ambil lebih banyak makanan berserat, sayur dan jus buah.

    • Gantikan snek atau hidangan minum petang dengan buah-buahan, salad atau biskut mil penuh.

    • Minum banyak air (enam hingga lapan gelas sehari).

    • Hadkan pengambilan kopi, teh atau minuman berkarbonat.

    • Jangan minum sebelum masuk tidur.

    Friday, May 20, 2011

    ..Beronok-ronok...

    Salam sayang dari Cik wawa....


    HAHA...kelakarkan perkataan "beronok-ronok" tu pon cik wawa dapat masa tgk Maharajalawak.Pasti kengkawan x ketinggalan menonton kan...jika skip 1 minggu rase mcm rugi plak x tgk...lagi2 aksi JAMBU,SEPAH,JOZAN dan NABIL...coz pada cik wawa tu  jer yg mantap..kan kan,, =)

    Sebenarnya cik wawa nk berkongsi cite semlm..cik wawa dan the geng (Nurhidayah Md Zam ngan Rosnaini Wagaiman) berjmpe di Jusco Bukit Indah JB..hamboi seronok and beronok-ronok...kikiki...biase la jika dh lame xberjmpe kan...

    Jika diikotkan plan...cik wawa ngan Dayah jew...tapi alang2 dh sampai sane terus call Nani,lagipon dia kerja di area situ saje......tup tup pas bape minit..."Hello....awak di mane???" Ops....yeay!! Nani dh sampai...

    Aksi KAMI.......
    Thanks for fesbuk coz dpt bagi peluang utk kami berjmpe...coz kerana xde fesbuk cik wawa x jmpe Dayah..kami dh lame x berjumpe..yeay!!! pasnie Dayah nk  "payung" kami makan di rumah dia plak...xsabo plak rasenye...




    Wednesday, May 18, 2011

    UITM Puncak Alam

    Salam Sayang dari cik wawa...


    Tahniah buat anak saudaraku Noor Azilah Abd Aziz kerana mendapat tawaran ke Uitm Puncak Alam dalam bidang Fisioterapi.Dia akan mula register di Uitm pada 21hb Mei 2011, jadinye sbagai auntie yg cute and baek atie...(ceWah) auntie akan hantar kamu ke sane bersama ayandande and bonda kamu ( Abd Aziz & Jamilah Idris)...hihihi..

    Kami bercadang utk bertolak dari Ulu Tiram,Johor selepas waktu Asar dan jangkaan sampai ke Puchong pada waktu malam yg penting sampai sebelom waktu suboh..=).Kami gerak ngan satu kereta saje...gune JLY ****...hihihi ( kete my dear Shafanizam Said) JMP**** simpan kt kpg halaman.



    p/s:Ya Allah selamatkanlah perjalanan kami pergi dan balek.Amin..



    Enggan nama jadi buruk

         SELAMA 20 tahun menceburi bidang seni, jarang sekali nama Ziana Zain dicalit dengan kontroversi. Namun, sehebat mana dirinya cuba menepis kontroversi dia akhirnya tewas.
         Pemilik sebenar nama Siti Roziana Zain ini tiba-tiba sahaja dilabel sebagai tidak profesional dan berlagak diva.Semuanya gara-gara pelantun lagu Puncak Kasih itu enggan mengayakan baju 'bareback' rekaan Christian Dior yang mendedahkan sebahagian besar bahagian belakang badannya untuk muka depan sebuah majalah fesyen terkenal.
         Ziana juga dikatakan nekad meninggalkan sesi fotografi yang menggandingkan dirinya bersama Erra Fazira, Ning Baizura dan Fauziah Latiff itu kerana terlalu marah.Akibatnya, sesi fotografi untuk muka depan majalah itu terpaksa diteruskan hanya dengan Fauziah Latiff yang kemudian disertai oleh Dayang Nurfaezah, Misha Omar dan Mizz Nina yang menggantikan Ziana, Erra dan Ning.
         Malah, impak daripada tindakan Ziana itu, majalah tersebut telah menyiarkan artikel susulan tentang kakak kepada penyanyi Anuar Zain itu.
    Berikut antara sedutan daripada artikel dalam majalah tersebut yang tertulis: 'Apabila kita terlalu emosional kita akan hilang pertimbangan dan bertindak di luar priofesionalisme. Masih banyak cara untuk mengatasinya. Soalnya, Ziana tidak memberi ruang untuk warga kerja kami berbuat demikian.
    'Ada yang bertanya antara keempat-empat diva ini siapa yang paling 'kertu' (tua), tetapi kami tidak menganggap diri Ziana yang sudah berumur 43 tahun itu 'kertu' (kecuali dia anggap dirinya kertu). Justeru, kita lihat majalah tidak pernah menuakan Ziana (kecuali Ziana sendiri)'.
         Kosmo! berpeluang mendapatkan jawapan Ziana berhubung perkara tersebut pada pertemuan sempena sambutan hari lahirnya yang dilangsungkan di Hotel Vistana, Kuala Lumpur, baru-baru ini.Mengenakan persalinan ungu rekaan pereka terkenal Rizman Ruzaini, Ziana yang masih anggun dan jelita pada usia 43 tahun itu melahirkan rasa sedih dan menganggap perkara tersebut merupakan pengalaman pahit dalam hidupnya."Selama 20 tahun berada dalam industri hiburan, saya tidak pernah dilanda kontroversi seperti ini. Saya tidak mahu nama saya buruk disebabkan mengenakan pakaian sedemikian.
    "Saya kena pakai pakaian mengikut usia saya. Saya kena tahu jaga hati peminat saya. Bagaimanapun, perkara seperti itu terjadi juga sehinggakan ada segelintir pihak mengatakan saya berlagak diva. "Namun begitu, ramai peminat masih pertahankan diri saya" kata Ziana yang masih tidak dapat melupakan indiden yang berlaku pada bulan Mac tahun ini tersebut.
         Insiden memalukan itu turut mendapat reaksi daripada ayah Ziana, Zain Abdullah."Dia tidak tahu ke yang dia kutuk itu anak siapa? Orang ini betul-betul kurang ajar," kata Ziana mengulas mengenai apa yang dikatakan oleh ayahnya.
    Pak Zain turut menasihatkan anak sulung daripada lima beradik itu agar tidak terlalu tunduk kepada orang. Ada masanya dia perlu bertindak.
    Ditebak sama ada dia mahu menyaman majalah tersebut, kata Ziana, dia tidak sampai ke tahap untuk menyaman majalah tersebut.

    Impikan konsert hebat

         Terlalu lama Ziana Zain tidak mengadakan konsert. Kali terakhir, ibu kepada empat orang cahaya mata ini mengadakan konsert pada tahun 1996.
    Konsert yang diberi nama Ziana Zain's Unplugged Consert yang berlangsung di Life Centre, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur itu telah dihadiri ribuan peminat Ziana.Ziana dalam pada itu mengakui sememangnya dia mengimpikan sebuah konsert yang eksklusif.Namun begitu, impiannya itu tidak tercapai disebabkan tidak mendapat tawaran yang bersesuaian.
         "Ziana mengimpikan sebuah konsert yang hebat dan eksklusif, jadi Ziana kena fikir bayaran untuk pemuzik dan prop yang hebat. Belum termasuk bayaran untuk penari-penari, kostum dan sebagainya."Bukan bermaksud Ziana demand tetapi bayaran yang diminta adalah bersesuaian dengan peruntukan yang perlu saya salurkan," katanya yang baru sahaja tampil dengan single terbaharunya yang berjudul Pawana.
    Selepas 20 tahun menjadi selebriti, Ziana telah dilantik sebagai jurucakap pelbagai produk antaranya Avon, NutriBeauty, Omega , Head & Shoulders, B&H, L'Oréal, Vono dan Brilliant Rose.
         Malah, pada tahun lepas dia telah diterbangkan khas ke Australia untuk menjalani sesi fotografi dengan produk jenama Louis Vuitton.
    Masih jelita dan memiliki bentuk tubuh yang menawan, Ziana bertuah kerana kontrak bersama Slim World masih disambung.
    Bukan itu sahaja, Ziana juga kini merupakan duta produk Dutch Lady dan Antabax."Berat badan saya sekarang 51 kilogram. Umur dah masuk 40-an memang kena jaga berat badan."Tidak boleh terlalu kurus dan nampak cengkung dan tidak boleh terlalu gemuk," kata mentor kepada protege Mohd. Izwan Mohd. Nor atau Mohd. ini.Menyentuh mengenai perjalanan karier Mohd. pula, Ziana menegaskan Mohd. bukan lagi di bawah tanggungjawabnya.
         "Mohd. kini bernaung di bawah syarikat rakaman Monkey Bone. Saya cuma menjaga Mohd. semasa dalam program Mentor sahaja. Buat masa ini, saya sekadar memberi nasihat kepadanya," ungkap Ziana.

    Ketagihan teknologi menular di Asia

         SEORANG bayi perempuan telah menemui ajal apabila ibu bapanya sibuk membesarkan 'anak' dalam aplikasi dunia maya. Dalam satu kes lain, seorang kanak-kanak lelaki telah membunuh diri selepas membunuh ibunya kerana dimarahi akibat bermain permainan video berlebihan.
    Senario tersebut merupakan sebahagian daripada kisah tragis yang menunjukkan peningkatan ketagihan teknologi telah menular di rantau Asia.
    Lebih 100 juta telefon pintar dijual di rantau Asia Pasifik setiap tahun dan dijangka akan meningkat sehingga dua kali ganda dalam tempoh lima tahun. Ia merupakan pasaran terbesar bagi peranti mudah alih terkini. 

         Seiring kemajuan industri telekomunikasi, laman jaringan sosial dan permainan mudah alih turut mengalami transformasi apabila semakin mendapat tempat malah kebanyakan golongan muda Asia sukar membiasakan diri tanpa peranti mudah alih mahupun komputer.

    Resah tanpa Twitter:-/ confused

    "Saya rasa, anda boleh mengatakan bahawa saya ini ketagihan," akui seorang pelajar universiti di Singapura,
    Hanna Ruslana lebih kerap berhubung dengan rakan universiti melalui Twitter berbanding secara berdepan di kampus.
    Pelajar universiti itu sering melakukan semakan melalui peranti iPhone miliknya sekurang-kurangnya 15 minit sekali dan menyelenggara akaun Facebook, Twitter, Foursquare dan LinkedIn.

    Apabila Twitter tidak dapat digunakan, dia dan rakan-rakannya akan menunggu dalam keadaan cemas.
    Bagaimanapun, keadaan tersebut masih boleh dianggap kecil berbanding kisah tragis di Korea Selatan yang merupakan salah sebuah negara yang mempunyai masyarakat pengguna peranti elektronik terbesar.

    Pada Disember lalu, seorang ibu telah ditahan kerana didakwa menyebabkan kematian anak lelakinya yang berusia tiga tahun ketika sibuk bermain permainan di internet.

    Lebih memilukan, seorang remaja berusia 15 tahun di Busan, Korea Selatan telah membunuh diri selepas membunuh ibunya kerana memarahi dia mengenai tabiat permainannya.

    Pada bulan Mei 2010 pula, seorang lelaki berusia 41 tahun dari negara yang sama telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun selepas dia dan isterinya membiarkan bayi perempuan mereka menemui ajal akibat pemakanan tidak seimbang sedangkan mereka sibuk membesarkan 'anak' dalam aplikasi siber.
    Kerajaan Seoul menjangkakan terdapat dua juta penagih web dalam negara yang mempunyai populasi kira-kira 50 juta penduduk itu.
    Bermula pada tahun ini, mereka yang terdedah kepada tabiat ketagihan itu akan diberikan perisian percuma untuk mengehadkan penggunaan laman web.
    Keadaan itu juga telah membuatkan Parlimen negara tersebut mempertimbangkan perangkaan undang-undang bagi mengharamkan kanak-kanak berusia 15 tahun ke bawah bermain permainan dalam talian di antara tengah malam hingga 6 pagi.

    Tuesday, May 17, 2011

    .......stage-cosmetics.......

    Salam semua...

    Pernah dengar stage-cosmetics???
    cik wawa bru nk berjinak-jinak ngan jenama stage nie..tu pon mamadhea yg kenal kan...hu3
    katenya ade promotion di seluruh Malaysia utk produk stage nie...sebelom nie cume taw MAC,Maybeline,siklygirl dan jenama biase2 saje....





    tak sabar rase nk g Jusco Bukit Indah nk servey brg2 makeup terutama sekali  "foundation","eyeliner" huhuhuh dengar cite juge harge mencecah RM12 setiap brang TAPI brg tertentu saje laa...


    Dicekup cuba campak heroin

    KUALA LUMPUR: Tindakan seorang penunggang motosikal cuba mencampakkan sesuatu daripada poketnya apabila menyedari sekatan polis gagal selepas perbuatan itu disedari anggota polis, semalam.
    Berikutan itu, polis menemui satu peket heroin yang cuba dibuang penunggang motosikal berkenaan ketika operasi di lorong motosikal, Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Petaling Jaya, di sini.

    Difahamkan, suspek berusia 34 tahun dan bekerja sebagai chef di sebuah restoran terkenal di Bangsar, di sini menyimpan sepeket heroin seberat tiga gram dalam kocek kirinya selepas pemeriksaan seluruh badan dilakukan terhadapnya.
    Operasi dikenali sebagai Ops Motosikal dan Advokasi itu bermula jam 9.30 pagi hingga jam 12 tengah hari khusus menyasarkan penunggang motosikal.

    Ketua Unit Kuat Kuasa Khas (U3K) Trafik Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azmi Wahid berkata, seramai 12 anggota dari Unit Kuat Kuasa Khas dan Unit Latihan terbabit dalam operasi itu yang bertujuan memastikan penunggang motosikal mematuhi undang-undang sedia ada.

    “Kami menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai pelbagai kes termasuk samun, ragut, dadah dan kebanyakan membabitkan penjenayah menunggang motosikal.

    “Berdasarkan operasi itu, kami mengesan kesalahan lain seperti menunggang tanpa lesen dan cukai jalan tamat tempoh,” katanya.

    Katanya, 257 saman atas pelbagai kesalahan turut dikeluarkan ke atas 165 penunggang motosikal yang diperiksa sepanjang operasi.

    “Lelaki yang ditahan kerana itu diserahkan ke Balai Polis Travers untuk tindakan lanjut dan kes itu akan disiasat mengikut seksyen Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

    TERTANGKAP...penunggang motosikal yang ditahan kerana memiliki heroin seberat tiga gram.

    Contest : Aku Yang Lapar!!

    Jom Join contest lagi....

     Syarat & Terma :


    1. Follow atau tidak bukan pemarkahan, cuma kang terlepas pulak segala update.. Jadi follow je blog Ayesha Ramlee.

    2. Buat entry "Contest : Aku Yang Lapar!!" dan masukkan sekali banner bawah ni kat entry. Cuma kalau nak letakkan sidebar, ayesha tak kisah.. (juga bukan pemarkahan)

    3. Sertakan sekeping gambar awak dengan makanan dan nyatakan kat mana korang makan, mana tahu boleh 'jalan2 cari makan..'

    4.   Tarikh tutup 15 Jun 2011 bersamaan dengan hari Rabu jam 11:59pm.

    5.   Tag 3orang blogger dan pastikan mereka tahu.

    6.   Tinggalkan URL entry contest ni kat comment.
     
    ________________________________



     Banner : "Contest : Aku Yang Lapar!!"



      

    Foto kenangan cik wawa bersama Noor Ayuni Mastura Yahya..kite owang mam di Mcd Pandan Johor..time lepas waktu bekerja...yeay!!! rindu bangat saat mase nie...
     

    http://goldgirlens.blogspot.com

    http://lizahhamidin.blogspot.com/ 

    http://frogypenguinlove.blogspot.com 

    cAk..

    Salam sayang...

    Dah lame x update blog...klaw xsilap bulan 5 bru nk created huhuh...rindu banget plak nk mengarang..
    Hari nie 17 Mei 2011 (wesak day) tapi saya bekerja..biase la bujang slagi boleh keje cari duit la nk kawen..lalallaa...

    P/s : Ayesha Ramlee..windoo kamoo..