Monday, November 26, 2012

Design Kad Jemputan

Bismillah....

Pening..pening nak pilih design kad jemputan..

cik wawa tak tahu nak pilih design macam mane...

HELP!!! HELP!!

kat bawah nie cik wawa ada 5 design kad jemputan






Design - design nie cik wawa dapat dari  Design kad jemputan 

macam- macam design ada kat situ..


Friday, November 23, 2012

DIY bunga

Assalamualaikum...


Betol orang cakap,kalau nak kahwin macam-macam idea datang

untuk persiapan perkahwinan..dari baju nikah,doorgift untuk tetamu,bunga pahar

dan lain-lain...

Sekarang nie giliran cik wawa pulak...

nak tau ape dia???


DIY bunga pahar untuk doorgift pihak lelaki...



Sebenarnya ini idea spontan yang cik wawa dapat selepas belek-belek google

image bunga pahar,cik wawa nampak kat kedai Era Nona...



Ini hasilnyaa..cantik takk...

bile siap bunga nie,cik wawa what apps BFF mintak pendapat

ros : cantik,good idea...

cik wawa : hihihi :)


Cik wawa sengaja wat perbezaan tape lilit batang bunga...

agak-agak mane yang menarik..

akak cik wawa dgn Yan minat yang batang hijau..

tapi ros suke warma putih...

apa pendapat kawan-kawan blog?hihihihi



okey sudah siap 6 kuntum bunga...

Smile....suka dengan hasilnyaaaaaaa

Persiapan Pertama

Alhamdulillah...
Insyallah ....cik wawa ngan en tunang akan naik pelamin dalam tempoh empat bulan lagi
berdebar rasenye nak sampai ke tahap tu..
Hari jumaat lepas,cik wawa bersama en tunang ke pejabat kadi
di Kota Tinggi untuk mengambil borang pendaftaran perkahwinan
dengan bayaran RM 5 setiap satu borang.
fuhhhh...sekarang step pertama akan kami tempuhi.

Semoga segala perkara akan berjalan dengan lancar,Insyallah Amin..



Wednesday, November 14, 2012

Salam Maalhijrah 1434H


Salam Maalhijrah 1434H 


Alhamdulillah menginjak kita ke tahun baru Islam. Semoga tahun baru ni memberikan sejuta kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupan kita. Semoga Allah swt memanjangkan umur kita, memurahkan rezeki, dan mengampunkan dosa-dosa silam kita. Sesungguhnya yang baik datangnya dari ALLAH dan yang buruk dari diri kita sendiri


Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah


 marilah sama2 kita baca doa akhir thn dan awal thn pada ptg ni iaitu lps asar, 3 kali...dan lps maghrib 3 kali...


 



Monday, November 12, 2012

Happy Aniversary

Happy Aniversary Engagement

1 year ( 12/11/2011)

Norazura Idris 
&
Shafanizam Said


Alhamdulillah sudah setahun pertunangan kami,dan kami sedang menghitung 
hari sebagai ikatan yang sah sebagai suami isteri...
semoga segala urusan dipermudahkan Allah...


 Tuhanku…..
Sekiranya telah kau catatkan dia milikku,
dekatkanlah dia padaku,
titipkanlah kemesraan antara kami,
satukanlah hatinya dengan hatiku,
agar kebahagiaan itu kekal abadi dan
seiringkanlah kami dalam melayari hidup sejahtera.
 
Cincin tanda merisik dan tunang 
 
 
  bersama keluarga sebelah En Tunang
 
 bersama keluarga cik wawa
 
 bersama BFF cik wawa
 
 

Sunday, November 11, 2012

Selamat Pengantin Baru Siti Roziaton & Afnan

Selamat Pagi semuaaaaa...


Bile mood nak updated blog sampai...boleh kate hari-hari nak updated hihihi....
Ok,entry kali nie cik wawa nak ucapkan Selamat Pengantin Baru untuk member office mate
Siti Roziaton dan pasangannya Afnan...bersanding di Felda Machap Baru,Melaka
semalam 10 November 2012....jauhhhhh kan....tapi tak pe..kerana majlis persandingan mereka kami datang dari jauh..

Cik wawa  bergerak dari perkarangan Hospital Sultan Ismail jam 10:30am,dengan member office yang laen
iaitu Husnidar dan Azita..Cik wawa bawak Ayang (anak sedara ).Azita plak ajak kawan lelaki dia ,Wan sebagai pemandu kami..hihihih .Kami gerak sebuah kereta saja..

Almaklumlaaa semalam kan tarikh cantik 101112,so mesti ramai yang buat majlis perkahwinan jugak kan...tambah pulak sekolah rendah dan menengah dah start cuti..memang penuh la kenderaan kat jalanraya..
Alhamdulillah perjalanan kami selamat pergi dan balik...




Selamat Pengantin Baru..
Siti Roziaton & Afnan

Semoga berkekalan ke hujung nyawa dan moga cepat dapat baby...




Friday, November 9, 2012

PPM di Mortuary HSI


Assalamualaikum kawan-kawan...

Semoga hari ini lebih baik dari semalam...hari nie cik wawa nak cerita pengalaman buat PPM (Plan Preventive Maintenance ) kat Mortuary @ Forensik...ermmm berani tak nak masuk...sebenarnya nie kali ketiga cik wawa buat ppm kat sane..tapi semalam pengalaman pertama wat ppm kat BILIK MAYAT REPUT seorang diri..fuhhh kecut perut..

Pertama kali buat ppm kat sane,cik wawa buat dengan opismate kak shamsiah samkani.Kali kedua buat seorang dan kali ketiga nie buat seorang jugak..ermmm amik masa satu hari jugak berkampung kat sane..

Ok,cite pasal bilik mayat reput ada satu komputer...kat dalam tu ada peti sejuk besar untuk simpan mayat reput.Peti sejuk tu ada tempeture suhu,bile sampai tahap..peti sejuk tu akan ber bunyi tong! tong! fuhhh boleh rase nak lari kalau 1st time dengar hehehe...Semalam ngan khusyuk bersih kan monitor,mouse ngan keyboard sambil-sambil bace surah ape yang patut,sekali bunyi "tong!tong!"...huuuuhhh cik wawa maintain lagi wat keje macam biase...ngah wat-wat ape yang patut kat "form" ppm tu sekali masuk seorang staff forensik dari pintu sebelah belakang cik wawa..perggghhh kecut jantung...macam-macam dalam kepale otak nie.Padahal masa tu pintu depan cik wawa dah selak guna kerusi untuk menghilangkan rase gugup...kawan-kawan nak tau..staf tu masuk senyum jer tapi ngan selamba cik wawa cakap "terkejut aku"hahhahaaaaaa....

Lepas wat kat bilik mayat reput,cik wawa wat kat BILIK BEDAH SIASAT sebab ada 2 komputer..1st buat ade mayat seorang perempuan cina..semalam alhamdulillah tiada mayat tapi baru lepas wat bedah siasat satu mayat,cik wawa tak pasti pulak jantina mayat tu..sebelum masuk cik wawa mintak seorang staff forensik untuk teman (penakut la kate kan hihihihi) tapi bile masuk dalam bilik tu rupanye ada seorang staff ngah sediakan peralatan untuk bedah siasat satu mayat.SO dia la yang teman cik wawa wat ppm...nama dia Che Mat (pangkat pak cik laaaa )..hurmmm bau dalam bilik tu hamis...sbb baru pas bedah siasat mayat sebelom tu...kengkawan nak tau cik wawa jumpa ape kat dalam bilik tu....jeng jeng jeng...ada 2 komputer HAHHA...bukan laaa cik wawa nampak otak manusia dalam balang plastik dan alat-alat untuk bedah siasat mayat....fuhhhhh gerun mak noxs....HAHA..kat dalam bilik tu cik wawa wat keje dengan tenang sebab ade peneman...hihihih...

Dari bilik bedah siasat, terus ke opis-opis biase...opis tu tak de masalah laaaaaa cik wawa rilek jeeee,jom kite berkenalan ngan staff Forensik Hospital Sultan Ismail.....weeeeeewwwee





 -->Antara staff forensik...ketua jabatan Dr Rohayu yang pakai baju hijau..dia sangat baik..dan peramah...


-->Situasi dalam bilik bedah siasat hihihi nie pic ngah wat Experimen Arnab.


(sumber pic: Facebook Encik Abd Jawat )


Wednesday, November 7, 2012

Wednesday = Pink Day

Hai dear...

Wednesday = Pink day

agak-agaknya ape ek??

cube pikir dan terus pikir jeng jeng..

BASKIN ROBBINS ....jawapannye...


oleh kerana BR la saya dah kene sampuk...hihihih..

mula-mula saja nak rase...hurmmm terus menerus plak...

pic di bawah niee kali kedua  mamam BR...



SO hari nie hari rabu...sila- sila laaaa hihihihi so saving harga 2 scoop = 1 scoop saja.

Terima Kasih My fiance

Assalamualaikum..


Hai semua..diharapkan hari ini lebih baik dari hari semalam..Amin..

Pagi nie cik wawa nak berkongsi cerita gembira dengan kawan-kawan
hehe setelah sekian lame tak update blog kesayangan  saya nie..

Untuk pengetahuan  dan pengringatan cik wawa juga ..
5 hari lagi menjelang hari  aniversary pertunangan saya dan en tunang yang pertama
kejap kan masa berlalu...dah dekat setahun..

Alhamdulillah sepanjang pertunangan kami lebih banyak yang indah
dari yang buruk-buruk belaka...

Terima kasih en tunang ....terima saya seadanya..
dan bagi saya hadiah hihihi
suke sangat2 sebab dia bagi hadiah kasut yang saya suka..
nak tahu kasut ape?
jeng...jeng..jeng


cantik kan..saya suka design new balance..walaupun murah saya tetap hargainye..tapi tak sama ngan gambar nie sebab cik wawa search kat google hihih tapi sama warna :)

sebenarnye saya memang nak beli kasut nie untuk pegi jogging dan gym
hihihi maklumlah saya sedang menghitung hari meniti hari bahagia...

countdown....2012 ke 2013....

Tuesday, November 6, 2012

Jalan ke Kampung Dingkir Inas runtuh

KUALA PILAH: Hujan lebat berterusan lebih lapan jam sejak jam 9 malam kelmarin mengakibatkan tanah runtuh di Jalan Kampung Miku, Inas, yang turut menyebabkan pokok tumbang hingga menghalang laluan jalan raya.
Kejadian mula disedari penduduk apabila tanah dari lereng bukit di kawasan itu terhakis dan runtuh perlahan-lahan mengakibatkan beberapa pokok besar tumbang termasuk merentasi jalan.

Keadaan itu menyebabkan jalan utama menghubungkan penduduk ke Rembau dan Kuala Pilah ditutup sementara sebelum dibuka semula semalam bagi membolehkan kerja pembersihan dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR) berjalan lancar.
Penduduk, Anuar Mahmud, 42, berkata kejadian itu pertama kali berlaku dan berharap pihak bertanggungjawab dapat mengambil perhatian bagi mengelak kejadian sama berulang.

“Mulanya tanah runtuh sikit saja, jadi kami buat keputusan untuk bersihkan kawasan itu dulu sebelum menunggu JKR datang. Kami bersyukur tiada kemalangan jiwa,” katanya.


map kampung Inas :sumber :Metro 6/11/2012

Kelebihan Surah Alam Nasyrah

Assalamualaikum...





Kelebihan Alam Nasyrah.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.



Terjemahan Surah Alam-Nasyrah (atau Al-Isyirah):

[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam).
[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
[6] (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).