Sunday, October 31, 2010

Blog ku terabai~~

Blog ku terabai....kesiannye sayang ak niew...dari sebelum raya Aidilfitri sehingga la nak masuk raya Deepavali...huhuhuhu lame tu..fuh!!


September~6th September...satu tarikh yg amat bermakne,ak telah mmbuat keputusan yg drastik dimana ak memutuskan talian pertunangan antara ak dan fauzi..Ya Allah kuatkan la semangat hamba mu ini~~ak yakin pasti ade hikmah disebaliknye....














10th September....Raya menjelang tpi ak bekerja pada mase tu...Alhamdulilah hadapi ngan tenang walaupon tiada disini orang tersayang( mak,abah and family )bekerja dengan gembiranya.

.
13th Sept - 18th Sept....YES!!ak cuti Raya....hari yang ak tunggu-tunggu...LET'S GO RAYA SAKAN....happynye setelah sekian lame xjumpe mmber sekolah EX-SMKBE..beraye sakan 3arie berturut-turut....RAYA,RAYA dan RAYA~~






25th September...Hari pertunangan mmber sekolah ku..dan open house di Kluang umah adik ipar akak ak....Sebelum kejadian,ak ngan akak ak bertukung lumus wat KEK MARBEL...warna warnie...he3..3 kek skali buat...nyummmm....k.milah:zura esk ko teman ak g Kluang,teman ak drive...ak xbiase la ngan jalan kt sane...ak:ok la tpi ak ade hal petang niew...ernmmm mcm ner nk g umah fifah niew...hurmmmm.xpe la pandai la ak nnti....well segalanye berjalan ngan lancar...thanks for fifi(khang barat)ngan Akashah (liggiu)




berakhir sudah agenda bulan September...walaupon banyak yg berlaku,Ahlandulillah segalanye berjalan ngan lancar...


thanks,Azura

Friday, September 10, 2010

Salam Lebaran

            Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.
 
           Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.

        Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang. Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang, lontong, dodol, dan kuih raya.


        Tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah sentiasa tetap dan sama mengikut kalendar Hijrah. Namun begitu tarikhnya sentiasa berubah mengikut kalendar Masihi kerana kalendar Hijrah adalah mengikut peredaran bulan manakala kalendar Masihi pula mengikut peredaran Bumi mengelilingi Matahari. Oleh itu, tarikh Hari Raya adalah berbeza daripada tahun ke tahun, dengan beza lebih kurang antara sepuluh hingga 15 hari.
Hari Raya pada tahun-tahun yang akan datang diramalkan akan jatuh pada tarikh-tarikh berikut. Tarikh-tarikh tersebut adalah tertakluk kepada perubahan.
Hari Raya bermula pada malam sebelum tarikh-tarikh tersebut, bermula terbenamnya matahari.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR &BATIN



Monday, August 30, 2010

M E R D E K A!!!

Saya Anak Malaysia



( 1 )

1985

Bulan 11 aku dilahirkan

Di sebuah negeri yang diberi nama

NEGERI SEMBILAN



( 2 )

Selepas itu aku dibesarkan

Di NEGERI KELANTAN

Aku belajar di sekolah orang putih

Dekat dengan Pasir Puteh



Saya Anak Malaysia ( 4X )



( 3 )

Lepas sekolah aku merayau

Negeri mat saleh aku merantau

Tempat orang indah sekali

Tapi MALAYSIA dekat di hati



Saya Anak Malaysia ( 4X )



Sampai masa aku pun balik

Tapi makweku nampak pelik

Dia kata nak jadi apa

Aku kata itu Tuhan punya kuasa



Saya Anak Malaysia ( 4X )



( 4 )

Lemah lembut sopan santun

Sudah menjadi darah dagingku

Walaupun aku nampaknya kutu

Aku hormat orang tuaku



Saya Anak Malaysia ( 4X )



(Ulang 2,3 & 4)

 
M E R D E K A!!  M E R D E K A!! M E R D E  K A

Sunday, August 22, 2010

Reunion Puasa -D

Sebagai mane yang kita tahu bahawa bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.


Hukum berbuka PUASA. 


Siapa yang berbuka puasa dalam bulan Ramadhan, wajib ke atasnya mengqadhakan puasanya itu dan dia tidak boleh dengan sengaja membatalkan qadha puasa wajibnya melainkan jika ada keuzuran yang dibenarkan syara’. Ini berdasarkan hadith dari Umm Hani’ r.’anha yang berkata:

“Wahai Rasulullah, aku telah berbuka sedangkan aku tadinya berpuasa? sabda Nabi kepada beliau: Apakah engkau tadi puasa qadha? Jawabnya: Tidak, Sabda Nabi saw: Maka tidak mengapa (tidak memudharatkan kamu) jika puasa itu adalah puasa sunat.” (HR Abu Daud dan telah disahihkan oleh al-Albani).


Reunion berbuka PUASA bersama kawan-kawan sekolah (SMKBE '02) sempena Majlis Ulangtahun  Nor Ariffin Kemad .





























Pabila kedengaran AZAN menandakan masuknye waktu berbuka PUASA dan Maghrib bagi kawasan Plentong dan kawasan sewaktu dengannya...selamat menjamu SELERA



Allah Selamatkan kamu....Allah Selamatkan kamu
Allah Selamatkan anak En Kemad.....Allah Selamatkan kamu....











Sekian by;Azura Idris




Wednesday, August 18, 2010

Berbuka bersama mmber opis..syok!

Hari nie septtnye off tapi ade sesi fotograpfi untuk RAYA nanti.Hmmmm memandangkan bulan pose mmber Asmidar mencadangkn utuk berbuke pose same.Sebenarnye mengikot plan memang ade Majlis berbuke pose ngan Branch manager tapi...tempatnya jauh dan bayarannye mahal...biase la dh ujung-ujung bulan nie kan,,,..

Aku ape lgi mencadangkan tempat makan paling dekat ngan tempat keje.... LARIS...Sebenarnye aku dah 2 kali berbuka pose disane bersama Ayuni.Member opis aku Ayuni,Asmidar,Haikal,Najib,Khairuddin dan Aku bersetuju....tepat jam 7pm,kami logoff dan terus ke LARIS...

Ayuni dan Azura

Asmidar dan Husnidar


Mohammad Najib

Mohd Haikal

Syed Muhd Khairuddin



sekian by Azura.

Sunday, August 15, 2010

Fadilat Solat Terawih

 Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :
Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru
dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua
ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)
Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih
terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca
kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam,
Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di
Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah
mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang
terawih poda malam ini.
Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi
‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah
dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi
Muhammad S.A.W.
Malam 10 – Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di
akhirat.
Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu
dilahirkan.
Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan
dan keburukan.
Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada
menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya
supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 – Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan
dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak
pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada
engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam 19 – Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan
orang-orang solihin.
Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan
(tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga
daripada nur.
Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini,
(elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40
tahun ibadat.
Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas
titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang
mabrur.
Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam
terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di
dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta
munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama
Al-Kauthar.”