Monday, July 25, 2011

I'm back from Singapore..lallaa...

salam pagi isnin semua....


arie nie ck wawa kepenatan
bru balek dri Singapore...
almaklumlaa dah dewasa nie la bru ck wawa
berpeluang nk g sane..


okla ck wawa nk edit photo-photo disane..
ck wawa pegi bersama my BFF Emyliah Salleh
dan rombongan Taska di Taman Daya..
Have Fun sangat-sangat...

Kami pegi Singapore Zoo,Restaurant Zam Zam dan Singapore Town.
tggu photo ck wawa di sane..


jumpe lagi ....;p

Monday, July 18, 2011

Harga barang dijangka naik


KUALA LUMPUR: Peniaga barangan keperluan di tiga pasar utama sekitar ibu kota, iaitu Pasar Chow Kit, Pasar Pudu dan Pasar Datuk Keramat menjangkakan harga barangan terus meningkat menjelang Ramadan dua minggu lagi.
Ini berdasarkan trend peningkatan harga barangan setiap kali menjelangnya Ramadan, cuti persekolahan dan sambutan perayaan utama di negara ini.

Tinjauan Harian Metro ke pasar berkenaan, mendapati terdapat perbezaan harga yang ketara antara ketiga-tiga pasar. Di Pasar Pudu dan Keramat, harga ayam bersih kekal pada harga RM7.50 sekilogram sejak dua minggu lalu, berbanding harga di Pasar Chow Kit yang turun daripada RM8.50 sepanjang minggu lalu kepada RM8 sekilogram, semalam.
Daging lembu tempatan di Pasar Chow Kit dijual pada harga RM20 sekilogram, Pasar Keramat (RM22) dan Pasar Pudu (RM21), masing-masing tiada peningkatan sepanjang minggu lalu.

Bagi hasil laut seperti ikan kembung hitam, berlaku peningkatan di Pasar Chow Kit iaitu RM13 sekilogram berbanding dua minggu lalu, iaitu RM8, manakala di Pasar Keramat dan Pasar Pudu, kekal dengan harga RM7 sekilogram. Peniaga ikan, Yusrizal Amran, 46, berkata peningkatan harga ikan berlaku disebabkan kekurangan bekalan berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.

"Sekarang ini susah nak cari ikan segar, sebaliknya banyak ikan sejuk beku daripada luar negara untuk dijual bagi memenuhi permintaan pelanggan. Kekurangan bekalan menyebabkan harga terpaksa dinaikkan hingga 30 peratus dan dijangka ia akan terus meningkat menjelang musim perayaan nanti," katanya.
Peniaga Ayam, Abdul Samad Ardi, 39, berkata, dia memberi diskaun kepada pelanggan dengan menjual ayam RM12 seekor berbanding RM7.50 sekilogram.

"Saya tidak menjual mengikut kilogram kerana ia akan membebankan pengguna, seekor ayam mempunyai berat kira-kira 1.5 kilogram hingga 2 kilogram. Jika ayam dijual mengikut timbangan RM7.50 sekilogram, seekor akan mencecah harga hingga RM18. Apabila harga meningkat, pembeli akan berkurangan dan saya akan kerugian," katanya yang turut menjangkakan harga akan meningkat lagi menjelang Ramadan.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman, mencadangkan supaya pemantauan dilakukan sepanjang masa bagi mengelak kenaikan harga barang terus berlaku menjelang musim perayaan.

Kejayaan anak pemandu lori




SHAH ALAM - Penerima Anugerah Pingat Emas Canselor, Misra Helma Firdaus berjaya membuktikan status diri bukan penghalang kejayaan.
Sebagai anak pemandu lori, dia membuktikannya dengan merangkul anugerah berprestij itu pada majlis konvokesyen ke-9 Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) di sini semalam.

Malah anak sulung daripada empat adik-beradik itu berharap kejayaannya akan dapat mengubah kehidupan keluarganya.
"Dulu, akibat masalah kewangan, saya pernah melepaskan peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Indonesia selepas tamat pengajian diploma di PTPTL (Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan).

"Bagaimanapun, semua itu tidak mematahkan semangat saya untuk menjadi seorang doktor pakar sakit puan dan saya teruskan pengajian di MSU sehingga mencapai kejayaan ini," katanya yang berasal dari Kuala Lumpur ketika ditemui di sini semalam.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan itu juga memberitahu, dia juga aktif dalam persatuan Silat Seni Gayung Pattani sehingga muncul juara Pertandingan Silat Melayu peringkat kebangsaan pada tahun 2008.Dia juga pernah mewakili negara di Paris pada tahun lalu.


Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Akibat dari perhimpunan BERSIH

Bersih: 500 pelajar hadapi tindakan



KAJANG - Seramai 500 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang dikenal pasti menyertai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu bakal berdepan tindakan tegas daripada pentadbiran universiti masing-masing.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bentuk tindakan sama ada ringan mahupun berat bergantung mengikut keputusan pihak universiti terbabit berdasarkan bentuk kesalahan yang dilakukan.
Menurutnya, hukuman itu bukan ditentukan oleh kementerian namun Kosmo! difahamkan hukuman membuang dan menggantung pelajar boleh dilakukan oleh pengurusan sesebuah IPT di negara ini.

"Terpulang kepada pihak universiti, tindakan ke atas pelajar ikut mereka. bukan kementerian tentukan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Latihan 1Malaysia bersama Komuniti 1Hulu Langat di Kolej Komuniti Hulu Langat di sini semalam.
Menurut Mohamed Khaled, pihaknya telah menerima kira-kira 500 nama daripada pihak polis dan kini sedang menyiasat sama ada nama tersebut merupakan pelajar universiti atau sebaliknya.

"Kita belum tahu 500 nama itu pelajar universiti dan universiti mana. Ia sedang diperiksa kerana jika dilihat dari sudut umur bagi nama-nama tersebut, mereka tergolong dalam kategori pelajar.

"Setelah kita tahu institusi pengajian mereka, nama pelajar itu akan diserahkan kepada pihak universiti untuk tindakan selanjutnya," jelasnya.


Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.


Tuesday, July 5, 2011

Tunai Teksi

HAI...



Malam tdi lepas menonton rancangan Juvana TV3,
ck wawa layan Astro prima...
rancangan Tunai Teksi...
1st time layan...padahal tu rancangan ulangan...
biase la Astro....ulangan saje..
huhuhuhu...


Layan punye layan...
besh la plak...

menang dapat wet...
3 kali slah jawab kene tinggal tepi jalan...
hu3....

smlm ade pasangan couple or suami isteri.
dapat RM 800,saya nk beri....boleh g shopping...

tapi soalan boleh tahan,
soalan dr sekolah rendah sampai U
hu3...



boleh layan lagi pas niee....
yeay!!!

(",) sekitar di Negeri Sembilan

hai....

foto-foto  sekitar ck wawa berjimba-jimba di negeri sembilan..

xsabo nk pegi lagi laen kali...
besh sangat2...
lagi- lagi time kami Nilai 3,Wet World Pedas dan kaki gunung Dato'..




Insyallah bulan 9 ck wawa datang lagi...

Nogori 9 tggu ck wawa bersama my sayang...hihih

~_~ \/

ck wa di Rembau...

salam sume...

ck wawa nk update pic sekitar di Hotel Rembau and
di Gunung Dato'

pic nie semasa ck wawa,Emy dan ayang ke Negeri Sembilan...


to be continue =)

Mayat Nurrahayu (16) ditemui dalam keadaan menyayat hati

JOHOR BAHRU - Seorang remaja berusia 16 tahun ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila mangsa dibunuh dan dibakar sebanyak dua kali sebelum cebisan mayatnya ditemui di Tanah Perkuburan Hindu, Masai dekat sini kelmarin.

Mayat mangsa, Nurrahayu Qomarodin (gambar kecil) yang dilaporkan hilang pada 18 Jun lalu oleh ibu bapanya dipercayai dibakar di dua lokasi berasingan iaitu Sungai Tiram dan Tanah Perkuburan Hindu, Masai dekat sini yang jarak di antara kedua-duanya kira-kira 20 kilometer bagi menghilangkan bukti.
Keadaan mayat mangsa yang merupakan anak seorang pengusaha kantin di sebuah kuari di Masai ditemui hanya tinggal cebisan rambut, baju dan selipar di tanah perkuburan berkenaan di antara pukul 4 hingga 5 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, berdasarkan laporan saksi, mangsa dikatakan dilarikan oleh seorang lelaki pada hari kejadian dan sejak itu tidak pulang ke rumah keluarganya.

"Pihak polis yang menjalankan siasatan kemudian mendapat maklumat daripada orang awam yang memberitahu menjumpai cebisan rambut, baju dan selipar di sebuah tanah perkuburan Hindu, Masai.

"Berdasarkan siasatan, kesemua barang bukti konsisten dengan kes kehilangan mangsa," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Menurut Roslan, susulan penemuan mayat itu, pihaknya menahan seorang pengawal keselamatan berusia 46 tahun yang bertugas di kuari tempat bapa mangsa mengusahakan kantin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Friday, July 1, 2011

(",) jom tengok firefly

salam semua...

malam nie ck wawa nk upload pic semasa ck wawa pegi tengok firefly kt satu restoran di Bandar Penawar..
Restoran milik anak peneroka sekitar Kota Tinggi..

pic dlm perjalanan dan sampai di restoran

pic semasa naek boat utk tgk firefly

pakej firefly:

dewasa :RM20
kanak-kanak :RM15

selama setgh jam :D