Wednesday, June 22, 2011

kiki&kaka sudah tiada

salam



sedey nyeeeee....


smlm abah tepon bgtau kaka dah mati....
sebelom nie kiki kene makan ngan kucing...
pastu ck wawa beli 2 ekor hamster yg baru
2 ekor betina....
mati juge coz shakira jemur kat panas...

kini kaka pulak....
jdinya tinggal sangkar sbagai kenangan...
hurmmmmm
sedey....


abah pesan xpayah beli lagi...
tapi bosan la...xde ape2
bile balek kampung...

kengkawan rase bela arnab ok x?
huhuhuh..arnab cute kan..
tapi kat makan kan..

??????
agak2 binatang ape plak ck wawa nk bela..

Minggu Buzy!!

salam...

Lame sungguh ck wawa x update blogger..
banyaknye sarang labah-labah
hahaha..

mggu nie 'schedule' ck wawa sibuk sesangat2..
lallalaaaaaa....coz mggu nie En tunang Emyliah Salleh myBFF
balek dai SABAH...jdi ck wawa kene jdi drive smentara
amik En tunang Emy kat Airport Senai pada 24hb petang....

bukan tu saje...mggu nie ck wawa ngan akk ngah bz sediakn
brg2 untuk majlis sambut menantu untuk abg ipar akk ck wawa
majlis akn di adakan di Felda Tenggaroh 2,Mersing.

Last week,ck wawa ngan akk g carik barang2 cenderhati tetamu..
carik barang kt Kota Tinggi..kdai yang jual barang perkahwinan..
bile masuk kedai tu,mcm ck wawa plak yg nk wat m.a.j.l.i.s...lalalaa.

minggu nie plak,akk ngah bz wat kek untuk tetamu..
setakat smlm akk dh wat 13 biji kek..
maybe esk or luse akan sambung wat 7 biji lagi...
2 biji utk family my sayang..
jeng2x....sebab bakal akk ipar ck wawa akan bersanding
pada 2hb july 2011

confirm la ck wawa akn ke Nogori Sembilan.
omak my sayang selalu egtkan dia ajak ck wawa dtg majlis..
terharu rasenye..


antara jadual ck wawa:-

24hb : amik En Tunang Emy di Airport
25hb:crik brang2 pesanan akk my sayang+g wet world b.pahat+ayer hitam (dlm perancangan )
26hb:g Tenggaroh ade wedding
27hb:rehat +jika jdi g kuar ngan emy+en tunang
28hb:keje mcm biase
29hb:keje mcm biase
30hb:crik hadiah untuk bakal akk ipar

01hb:mlm gerak g rembau+check in
02hb:majlis bakal akk ipar
03hb:sblm balek jaybee nk singgah Nilai 3 ngan Emyliah..
04hb:keje mcm biase..

yeay!!!full schedule...
semoga semua perancangan b'jln ngan lancar dan selamat..Insyallah...




Wednesday, June 15, 2011

Solat sunat gerhana bulan penuh

PUTRAJAYA: Umat Islam disunatkan untuk menunaikan solat sunat khusuf iaitu solat sunat gerhana bulan secara berjemaah bersama khutbah gerhana sempena gerhana bulan penuh yang dijangka berlaku esok (Khamis).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha, berkata galakan mengerjakan ibadat itu berdasarkan satu hadis diriwayatkan Imam Muslim yang antara lain menegaskan supaya mendirikan solat dan berdoa apabila melihat gerhana.

"Jakim menyeru semua masjid dan surau mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan mengadakan solat sunat khusuf serta khutbah gerhana. "Ibadat sunat ini seharusnya ditunaikan dengan sebaik mungkin, apatah lagi fenomena gerhana ini jarang berlaku," katanya melalui satu kenyataan, di sini, semalam. Cawangan Falak, Jakim menjangkakan fenomena gerhana itu akan bermula pada jam 1.25 pagi Khamis dan mencapai tahap kemuncak pada jam 4.12 pagi, sebelum berakhir pada jam 6.59 pagi.

Othman berkata, pihak Jakim melalui Cawangan Falak dan masjid utama membabitkan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra, Putrajaya akan menganjurkan solat sunat khusuf pada jam 3 pagi.

Menurutnya, Masjid Putra dipilih sebagai lokasi utama majlis solat sunat berkenaan, termasuk mengadakan aktiviti cerapan.


sumber:metro 16/6/2011

Monday, June 13, 2011

|| for U ||

|| for U ||
|| for U ||
|| for U ||
|| for U ||
|| for U ||
|| for U ||
|| for U ||
     ;
     ;
     ;
     ;
     ;
     ;
     ;
|| for U ||
|| for U ||
|| for U ||

2 hari lagi!!


Mula kan hari dengan senyuman..

Assalamualaikum...


dua hari lagi..
sebelum besday my sayang..

jeng jeng..
         
*
*
*
*
*

Juara Akademi Fantasia 9 milik Hazama AF9



Hazama dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9), sekali gus membawa pulang wang tunai RM200,000 dan hadiah iringan lain.

Keputusan Penuh Akademi Fantasia 9

Juara: Hazama AF9
Naib Juara: Lena AF9
Tempat ke-3: Fina AF9
Tempat ke-4: Azri AF9



Berlintas langsung dari Dataran Putrajaya, peminat dan penonton teruja menyaksikan persembahan terbaik daripada empat finalis AF9 — Hazama Ahmad Azmi (Hazama), Mohamad Azri Abdullah (Azri), Lenaber Hadir (Lena) dan Nur Shafinaz Jebat (Fina).




Keempat-empat finalis telah menyampaikan dua lagu termasuk single masing-masing: Hazama — Pukau (nyanyian asal Tomok) dan Cinta Teragung (ciptaan Kuncidemak), Azri — Ku Tak Bisa (nyanyian Slank) dan Niskala Cinta (ciptaan Omar K dan Zel), Fina — Satu Harapan (nyanyian Jaclyn Victor) dan Menangis Lagi (ciptaan Edrie Hashim) manakala Lena — Dunia (nyanyian Bunkface) dan Sisa Cinta Kita (ciptaan Kuncidemak).


Kenali HAZAMA :-

Nama Sebenar: Hazama Bin Ahmad Azmi
Nama Afundi: HAZAMA
Asal: Keramat
Umur: 27 tahun
Pekerjaan: Kerja Sambilan.

Berikan Perkara menarik tentang diri sendiri:
Seorang yang peramah, ceria, kadang-kadang banyak cakap, senyum, pemarah dan nakal.

Perkara yang anda pernah buat, tetapi orang lain tidak?
Masa belum cukup matang dulu saya suka buat benda-benda yang pelik-pelik. Tapi sekarang ni saya ikut je apa yang berlaku di sekeliling saya.

Jika diberi peluang berduet dengan artis luar negara, siapakah artis itu dan mengapa?
Once (Dewa), sebab saya minat sangat dengan Once.

Pengalaman menyanyi sebelum memasuki Akademi Fantasia?
Pernah menyanyi menyanyi hampir seluruh Malaysia sebab saya dapat sertai program Gempak Desa yang di anjurkan oleh Astro..

Kenapa anda menyertai Akademi Fantasia?
Saya ingin sertai AF kali ini sebab Amy search dan kali ni AF yang terakhir. Jadi, mungkin saya takkan dapat peluang untuk masuk AF lagi.

Jika tidak dapat menyertai Akademi Fantasia 9 ini, siapakah anda sekarang?
Saya masih menyanyi untuk Astro dan mungkin masih menyanyi dengan Meet Uncle Hussein sebagai penyanyi sementara..

Siapakah penyanyi AF yang anda kagumi? Kenapa?
Mawi sebab dia 'world'.





Sunday, June 12, 2011

Bloger problem!!! grrrrr

blogger problem??
or
system problem??

grrrr....

kamu tgk post ck wawa
kat bawah nie...

nk lagi cepat..



bye,

Saturday, June 11, 2011

CONGRATULATION DEAR WINNER

 
 
FROM: THE DESK OF THE E-MAIL PROMOTIONS MANAGER INTERNATIONAL PROMOTIONS/PRIZE AWARD DEPARTMENT, MICROSOFTCORPORATIONWORLD LOTTERY UNITED KINGDOM.61-70 SOUTHAMPTON ROW BLOOMSBURY LONDON UNITED KINGDOM WC1B 4AR.
 
REFERENCE NO: 175051720/10   
BATCH NO: 405649992/488     
WINNING NO: PB8701/LPRC
WINNER: NO17
 
ELECTRONIC EMAIL AWARD WINNING NOTIFICATION AWARD PRESENTATION CENTER: UNITED KINGDOM
 
 
DEAR WINNER,
 
MICROSOFT CO-OPERATION MANAGEMENTWORLDWIDE ARE PLEASED TO INFORM YOU THAT YOU ARE A WINNEROF OUR ANNUAL MS-WORLD LOTTERY (MEGA JACKPOT LOTTO PROGRAMME) CONDUCTED ON: 17 TH OF MAY 2011
       
YOURPERSONAL E-MAIL ADDRESS OR COMPANY EMAIL WAS ATTACHED TO THIS YEARS MSWLL. WITH SERIAL NUMBER 7741137002 DREW THE LUCKY NUMBERS 5-13-33-37-42, AND CONSEQUENTLY WON IN THE FIRST LOTTERY CATEGORY. YOU HAVE THEREFORE BEEN APPROVED FOR LUMP SUMS OF USD 1,000,000 (USD ONE MILLION UNITED STATES DOLLARS) PAYABLE IN CASH CREDITED TO FILE REF NO: ILP/HW 875061725/10 THIS IS FROM TOTAL PRIZE MONEY OF USD 25,000,000 USD, SHARED AMONG THE TWENTY-FIVE(25)LUCKY INTERNATIONAL WINNERS INFIRST AND SECONDCATEGORY.
 
ALL PARTICIPANTS WERE SELECTEDFROM WORLDWIDE A COMPUTER BALLOTING SYSTEM THROUGH OUR MICROSOFT COMPUTER BALLOT SYSTEM DRAWN FROM 21,000 NAMES, 3,000 NAMES FROM EACH CONTINENT (CANADA, ASIA, AUSTRALIA, UNITED STATE,EUROPE, MIDDLE EAST, AFRICA AND OCEANIA, AS PART OF INTERNATIONAL "E-MAIL" PROMOTIONS PROGRAMME, WHICH IS CONDUCTED ANNUALLY FOR OUR PROMINENT MS -WORD USERS ALL OVER THE WORLD TO ENCOURAGE THE USE OF INTERNET AND COMPUTERS WORLDWIDE.
 
 
YOUR FUND (CERTIFIED CHEQUE) HAS BEEN INSURED WITH YOUR REF NO: ILP/HW-475061725/10 AND WILL BE READY FOR TRANSFER AS SOON AS YOU CONTACT YOUR CLAIM AGENT DR SMITH WALKER. YOUR E-MAIL ADDRESS SHOULD BE USED IN ALL CORRESPONDENCE WITH YOUR CLAIMS OFFICER, PLEASE NOTE THAT, YOU ARE TO CONTACT YOUR CLAIMS OFFICER VIA EMAIL OR TELEPHONE AS WE ARE PROMOTING THE USE OF E-MAIL. ALSO YOU HAVE THE RIGHT TO CALL HIM TO CONFIRM YOUR WINNINGS AND GOVERNMENT TAX PAYMENT THAT IS ALL, AS HE WILL PROVIDE YOU WITH THE NECESSARY DETAILS ON HOW TO CLAIM YOUR PRIZE. AS PART OF OUR SECURITY PROTOCOL YOU ARE TO QUOTE THIS SECURITY CODE MSW/JUNE/XX11 TO YOUR CLAIMING AGENT. THIS IS TO PREVENT SCAM.
 
CONTACT YOUR CLAIMS AGENT OFFICERINUNITED KINGDOM.
NAME: Dr. MARK VALESO
EMAIL: DR.MARKVALESO@CONSULTANT.COM
TELEPHONE: +4470-359-364-45       
 
NOTE: IN ORDER TO AVOID MISTAKES, PLEASE REMEMBER TO QUOTE YOUR REFERENCE AND BATCH NUMBERS AND YOUR SECURITY CODE OF MSW/JUNE/XX11 IN ALL CORRESPONDENCES WITH YOUR CLAIMS OFFICER. DO NOT REPLY ANY OTHER MAILS LIKE THIS ON NET, AS THEY ARE A LOT OF SCAM ARTIST OUT THERE PRETENDING TO BE US.YOU MAY SEE MAILS LIKE THIS DO NOT REPLY. DO CONTACT YOUR CLAIMS OFFICER, DR. SMITH WALKERIN UNITED KINGDOM. YOU WILL BE ASKED TO PROVIDE SOME DETAILS AND AS WELL LET YOU KNOW THE COUNTRIES OF THE PAYING CENTRES AND ALSO TO ENABLE THE OFFICE PROCEED WITH YOUR WINNING CERTIFICATE AND FILE KEEPING.
       
CONGRATULATIONS, ONCE MORE FROMTHE ENTIREMANAGEMENT AND STAFF OF MICROSOFT CO-OPERATION TO ALL OURLUCKY WINNERS. THANK YOU FOR BEING PART OF THIS PROMOTIONAL LOTTERY PROGRAM. OUR SPECIAL THANKS AND GRATITUDE TO ALLTHE ASSOCIATES FOR ALLEVIATING POVERTY ROUND THE WORLD.
 
SINCERELY.
MRS BETH MOOD
MRS. TAKIYYAH  A"ISHAH
(CO-COORDINTOR).
 
LOTTERY SPONSORS: CHIEF SPONSORS;                                                                 
MICROSOFT CORPORATION UK,        MICROSOFT CORPORATION AFRICA,
MICROSOFT CORPORATION USA,     MICROSOFT CORPORATION ASIA
 
Past winners                                

BBQ dan Besday My Mum ;)

Saya Sayang Mak Saya....

I LOVE U MUM...



**Sambungan dari entry ck wawa yg lepas
klaw nk taw klik SINI




Maaf la yerkk ck wawa lewat upload pic nie..



Wowoow....lihat pic nie mcm nak wat lagi plak bbq..
Nyumm..sedappppnye..

Terima kaseh yang teramat buat My Sayang
kerana memberi idea yg sangat indah 
buat Mak saya...(gedik la plak...)


Ya Allah...Engkau ampunilah dosa kedua ibu bapaku,peliharalah kesihatan dan keselamatan mereka,permudahkanlah urusan mereka dan engkau jauhkan la mereka dari malapetaka..Amin..


Terima kasih Mak...



PERLU KER???

Salam....


Harie nie ck wawa nk berkongsi cite yang membuatkan ck wawa tidak berpuas atie ngan someone..
tak pasti la ape msalah hingga meluahkan perasaan tidak paus atie di fesbuk dengan memalukan 
seorang kawan ck wawa....


P.E.R.L.U. K.E.R.???







Ini sume berlaku bile seseorang sdg marah,kadang2 manusia sendiri tak perasaan kesalahan diri sendiri..
jika ade seorang yang meneguh,jgn la kite mudah keras atie,tapi ambil ia sebagai panduan dan betolkan ape yang salah....

Kes diatas,ck wawa tidak akan salahkan mane pihak,malah ck wawa akan berwaspada supaya ia tidak akan terjadi pada ck wawa,keluarga dan orang tersayang...


**Renungkan dan selamat beramal**


Contest of Fasham Blog

Hai Fasham....

thanks invite ck wawa join contest...



contest


Rules :
  1. Have to be follower of this blog fasham blog (http://fasham87.blogspot.com/) and my other blog SarangHeartBeat (http://fa87.blogspot.com/)
  2. You just have to copy that i have highlighted red and the picture..simple and easy 
  3. tag 2 people that have blog/wordpress than make sure they know they have been tag
  4. after done making your entry than post the link on the comment of this entry only
  5. For another info just  klik SINI

tag:


    *P/s : Hadiah tak ditentukan lagi ia mengikut penyertaan...

    Friday, June 10, 2011

    Anjing punye pasal

    Salam jumaat...


    ck wawa nk berkongsi cite yang terjadi tadi..
    semasa ck wawa ngan mmber satu opis
    mahu beli nasi ayam penyet untuk lunch...


    Otway g tmpat parking kete...
    ck wawa ngan mmber nampak ANJING..
    Anjing yg ade rantai di leher...
    ck wawa mmg takot anjing....
    bile nampak dari jauh
    arggggggghhhhh..
    grrrrrrrrrrr...=(

    mmber pon same..adushhh mcm ner nk terus perjlnan..
    agak2 kawan dapat bygkan x???

    kami berjln pelahan2 sambil
    mmber berusaha m'halau binatang haram tu
    (wat2 mcm berani la kan)..

    yg tak boleh tahan,boleh plak binatang haram tu
    landing time kt bawah kete ck wawa...
    arrghhh lagi la tension!!!

    nk taw ape ck wawa buat..:-

    1.main alarm kete,supaya anjing kuar dr bawah kete..
    2.mmber ambil perhatian supaya xpasan ck wawa masuk kete.
    3.turun wiper kete dr arah depan.
    4.masuk kete dr tmpat penumpang sebelah kiri...

    Alhamdulillah..akhirnye ck wawa dh masuk kete...
    tapi...mmber.......

    masuk kete,start enjin...nk amik mmber tapi...
    boleh plak binatang haram tu kejar kete ck wawa...
    perghhh berdekah-dekah gelak....

    mmber sampai berlari2 anak g area parking...
    agak jauh gak la bru mmber dapat naek kete...

    XoXo...agak lawak kan cite nie...
    tapi ianye betol2 terjadi...
    betol2 bukan cobaan..


    p/s;pelik gak mcm ner binatang haram tu boleh masuk area hospital,mane  g security???
    kan menyusahkan pekerja dan orang ramai...ape yang dye owg pk pasal HSI nie...




    Wanita penuh tindik berkahwin

    LONDON: Bagi seseorang yang dipenuhi dengan hampir 7,000 aksesori tindikan, satu lagi cincin tambahan mungkin tidak begitu istimewa.

    Namun, bagi Elaine Davidson, tambahan koleksi itu mungkin yang akan kekal di hatinya.

    Elaine, wanita yang paling banyak bertindik di dunia melangsungkan perkahwinannya, semalam. Dia yang mempunyai 6,925 tindikan berkahwin di Edinburgh, tempat dia tinggal dan menguruskan kedai.

    Wanita berusia 42 tahun itu ditemani dua pengapitnya untuk ke pejabat pendaftaran perkahwinan dengan memakai gaun putih dan membawa bunga merah jambu.

    Bakal suaminya, Douglas Watson yang tidak mempunyai walau satu pun tindikan mengenakan sut biru untuk acara selama 35 minit itu.

    Bekas jururawat kelahiran Brazil itu kali pertama memecahkan rekod pada Mei 2000 sebagai wanita paling banyak bertindik, apabila pegawai Rekod Dunia Guiness memeriksanya dan mendapati terdapat 462 tindikan di tubuhnya termasuk 192 pada wajahnya.

    Elaine sebelum ini berkata, dia tidak pernah menanggalkan cincin dan anting-anting yang dipakainya yang semuanya dianggarkan seberat kira-kira tiga kilogram.

    Dia juga berkata tidak mengalami kesakitan ketika bertindik dan tidur dengan aksesori tindikan setiap malam. Bagaimanapun, pada 2009 dia mendedahkan bahawa dia tidak suka ditindik dan mengalami kesakitan. Elaine berkata pada Februari 2009 ketika mempunyai 6,005 tindikan termasuk 1,500 di bahagian sulit tubuhnya: "Saya rasa tidak seronok ditindik tetapi untuk memecahkan rekod anda perlu bertindak di luar jangkauan. Dan saya melakukannya kerana mahu memecahkan rekod.

    "Keluarga saya tidak suka langsung tatu ataupun tindikan." Di laman webnya, Elaine yang turut tidur di atas papan dipenuhi paku dan berjalan di atas api serta kaca, berkata, dia gemarkan sukan ekstrim tetapi tidak minum arak ataupun merokok. - Agensi


    sumber: METRO 10/6/2011

    Fw: Tips Untuk Penulisan Blog Yang Hebat




    Tulis Entri Dengan Pembaca di Minda Korang - Korang kene ingat....yang akan bace nie....bukan korang sorang... ramai blogger lain yang akan bace entri korang.... Tulis dengan tujuan menarik perhatian depa....bukan korang sendiri.....

    Buat Kandungan Entri Berguna dan Menarik - Pastikan entri korang ada benda menarik yang nak disampaikan.... Bukan untuk ilmu atau info saje...tapi apa yang korang nak sampaikan.... Pastikan kandungannya sampai kepada pembaca.... 

    Cuba Buat Entri Yang Senang Dibaca - Maksud aku di sini.....jangan sesekali guna short form yang susah nak difahami....korang sendiri mungkin dah terbiasa....tapi tak semestinyer orang lain boleh faham shrot form tu.... Buat la yang difahami semua kaum...tua dan muda....he he

    Pendek Dan Simple - Entri yang panjang berjela ibarat karangan tiga helai muka surat ketas kajang memang jarang dibaca.... Aku dah try... Memang drop traffic terus.....buat entri short dan simple jer..... Tapi mesej ade...

    Pastikan blog korang 'hidup' - Hidup kat sini bukan maknanya boleh berjalan sendiri....he he... seram sejuk lak rasenyer bile taip gitu.... maksud aku...Hidup tu dari segi entri yang fresh....macam korang tengah bersembang dengan pembaca......Dan terus ke point secara cepat.... Bayangkan entri yang dibuat tu macam korang tengah bersembang...

    Sediakan links yang banyak - Korang buat link yang banyak sebenarnya korang menambahkan  kredibiliti.... Kadang-kadang orang lain tak sempat nak berblogwalking ke blog lain.....tapi korang short cut kan jalannya dengan bagi link kat depa pasal satu-satu entri yang menarik.....macam entri nie....he he. Dengan cara itu...korang dah bina networking secara tak langsung..... Penting untuk korang jugak sebagai langkah pelaburan masa depan dalam berblogging...

    Tulis dengan jelas - Jelas tu banyak caranya....tulisan yang dipilih...warna yang dipilih...sumer la kan.... ayat tu pastikan senang difahami dan pendek-pendek.... Jangan padatkan idea korang tu dalam satu ayat jer....dah la satu ayat....dibuat satu perenggan dalam satu ayat....memang krem la otak pembaca...

    Tulis macam korang bercakap - Ni macam point kat atas la kan....Entri korang tu macam korang bersembang jer....tak payah nak berlakon dalam penulisan entri...takde unsur penghayatan dalam entri tu nanti.... Jadi tak menarik.... Tak cayer? Cube try...

    Highlight kan point penting - Ni bagi si pembaca yang suka skip-skip.....Bagi jer highlight dekat point penting... Sumer dah boleh baca.... yang tak suka bace panjang-panjang pun faham....yang suka bace pun faham.....:)

    Itu la point-point aku....harap dikongsikan kepada blogger yang lain.... supaya ramai yang akan cuba perbaiki penulisan dalam blogging nie.... Jangan lupa link balik ke sini okeh....Penat aku tulis nih....:)


    *******************************************
    beshkan tips diatas....sume nie aku copy and paste di:

    http://wacanaku2009.blogspot.com/2011/06/tips-untuk-penulisan-blog-yang-hebat.html

    terima kaseh pada rakan blogger wacanaku2009..




    Tuesday, June 7, 2011

    Fw: Wedding jiranku.


    ----- Forwarded Message -----
    From: Azura FzWa <azurafzwa@yahoo.com>
    To: "azurafzwa.azurashafa@blogger.com" <azurafzwa.azurashafa@blogger.com>
    Sent: Tuesday, June 7, 2011 2:25 PM
    Subject: Wedding jiranku.


    Hai...


    perasan tak bila cuti sekolah
    banyak jemputan yang kite dapat...
    cuti sekolah vs musim mengawan...

    ape2 saje la ck wawa nie...


    saje nak berceloteh tentang wedding jiranku.
    majlisnye dh lame berlalu..TAPI still segar dalam engatan

    SELAMAT PENGANTIN BARU

    HAJAR & FYRUS
    24/4/2011


    Chantek kan pelamin & pengantin..

    boleh dikatekan tahun nie setiap bulan
    ade majlis wedding di kampung..
    kesian my mum+my dad rewang..
    rewang rajin2 nnti majlis rumah kita
    mereka pon rajin2 juge...
    (hehe pasan lebey plak ck wawa nie)


    kat atas tu pic yg sempat ck wawa snap..




    JOM GANTI POSE..

    Assalamualaikum....


    Hai dear sekalian...
    JOM ganti pose..
    RAYA lagi 2 bulan!!..
    cepatkan mase berlalu
    HUHU...

    Alhamdulillah..arie nie ck wawa ngan mamadhea >3
    dah 2 arie berpose...
    biasenya time keje jer boleh pose..
    klaw duduk umah payah cikit..
    XoXo..


    Esok dh start cuti sampai jumaat...
    Next week boleh la sambung pose lagi...
    YEAY!!


    Klaw dh ganti pose...bru semangat
    BERHARI RAYA walaupon bekerja...
    HAHA.....=,=

    RAYA Oh RAYA!!

    ;) winking :x lovestruck :) happy :D big grin :)) laughing

    Selektif bukan eksklusif

    HUJUNG minggu lalu nama Erra Fazira dan protegenya, Salma hangat di dalam ruangan gosip semua akhbar mingguan. Kemenangan mereka meraih wang tunai RM100, 000 serta gelaran juara musim kelima program realiti Mentor 5 dipertikaikan.

    Walaupun ramai yang mengakui kehebatan vokal Salma, namun ibu tunggal beranak satu itu dikatakan sengaja dimasukkan semula untuk bersaing ke final selepas terkeluar seminggu sebelum final.

    Lantas apabila dia diangkat sebagai juara, banyak pihak mendakwa ia merupakan politik terbesar pihak produksi program itu yang sengaja memberi kemenangan kepada Erra dan Salma.

    Turut menjadi buah mulut, kehadiran Ziana Zain selaku juri biar dilihat relevan kerana Ziana merupakan juara Mentor musim lalu, turut dipertikai kerana keakrabannya dengan Erra.

    Bertanya tentang sensasi yang dibangkitkan itu kepada Erra, nyata 'orang lama' seni itu cukup tenang menjawab. Tidak cepat melatah, Erra mempunyai hujah sendiri untuk mempertahankan pemilihan dia dan Salma sebagai juara program tersebut.

    "Adat dalam pertandingan pasti ada yang suka dan tidak suka. Bagi yang tidak suka mereka akan cuba mereka cerita dan mempertikaikan kemenangan Salma. Bagi saya, Salma telah membuktikan persembahannya bagus dan dia menang dengan bermaruah.

    "Kalau dia nyanyi tidak bagus pada malam akhir itu saya akui kemenangannya boleh dipertikai. Tetapi, Salma sudah memberi sehabis baik. Memang di akhir-akhir pertandingan undian Salma jatuh. Daripada situ Salma bangkit melakukan yang sebaiknya untuk konsert akhir Mentor 5," katanya ketika dihubungi Kosmo! bagi mengulas isu kemenangan Salma yang dikatakan telah dirancang.

    Ramai juga yang mempertikaikan Salma diserap masuk ke konsert akhir Mentor dan menganggapnya salah satu strategi pihak Mentor untuk menjadikannya juara sedangkan undiannya di paras terendah berbanding peserta-peserta lain.

    Bagi Erra, tiada istilah rancang atau susunan strategi. Perkara yang sama berlaku untuk konsert-konsert Mentor sebelum ini.

    "Sememangnya jadi trend persembahan realiti apabila peserta terkeluar diserap masuk semula. Ia bukan sahaja berlaku kepada mentor tetapi juga rancangan realiti lain seperti Akademi Fantasia (AF). Contoh yang berlaku kepada Shahir. Dia terkeluar dan dimasukkan semula. Malah, rezeki berpihak kepadanya apabila dia muncul sebagai juara AF," katanya.

    Erra kemudian memberitahu, isu Ziana Zain menjadi juri sepatutnya tidak elok ditimbulkan.

    Jelasnya: "Saya sendiri tidak tahu salah seorang juri pada malam itu adalah Ziana. Ziana seorang yang cukup profesional. Dia tidak akan memberi undi semata-mata kerana kami berkawan. Lagipun, industri seni ini kecil dan saya berkawan dengan semua orang.

    "Kak Pah (Datuk Sharifah Aini) juga baik dengan salah seorang juri pada malam itu iaitu Datuk Ramli MS. Jadi terpulanglah kepada individu yang mereka cerita itu sendiri.

    "Memang pada awalnya saya sudah beritahu Salma, kalah atau menang tidak menjadi persoalan. Paling penting, kita bagi sebaik mungkin. Jika kalah pun, kita menang secara bermaruah."

    Selektif bukan eksklusif

    Beralih bicara tentang penglibatannya dalam dunia lakonan, Erra, 37, sudah lama tidak muncul di layar perak. Kali terakhir filem lakonannya dapat ditonton adalah menerusi watak pembantu dalam filem Andartu Terlampau - 21 Hari Mencari Suami di bawah produksi Haliza Misbun pada tahun 2010.
    Kali terakhir Erra memegang peranan utama pula adalah menerusi filem seram Anak di samping Ida Nerina pada tahun 2008.
    Selepas itu, wajah Erra lebih banyak menghiasi kaca TV dan program pengacaraan.

    Disebabkan itu ramai yang membuat andaian bahawa dirinya begitu eksklusif.

    Ibu jelita kepada Engku Aleesya Engku Emran, 2, itu menjawab mengenai statusnya yang dikatakan begitu eksklusif.

    "Saya tidak meletakkan diri eksklusif, cuma kini saya kena lebih selektif melihat tawaran yang datang. Kalau dulu semasa belum berumah tangga dan belum dikurniakan anak saya menerima sahaja apa jua tawaran tetapi kini saya kena bahagikan dua iaitu antara kerjaya dan juga keluarga," katanya ketika ditemui semasa sidang media memperkenalkan pelakon-pelakon teater Badai Semalam di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

    Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) tahun 2001 dan 2005 itu juga menolak yang dirinya dikatakan sudah kurang menerima tawaran filem disebabkan bakat-bakat baru yang muncul seperti Lisa Surihani dan Fasha Sandha.

    Menurutnya, banyak faktor kenapa dirinya sudah lama tidak menghiasi panggung. Kata heroin Sembilu itu, sekarang ini dia cuma memperkecilkan skop kerjayanya. Jika ada tawaran menarik untuk berlakon filem dan tidak bertindih dengan jadual lain baru dia akan menerimanya.
    "Saya akan pastikan 50 peratus fokus saya terhadap kerjaya dan 50 peratus lagi terhadap keluarga," katanya yang bakal muncul dengan drama seram komedi terbaru terbitan Astro iaitu Hantu Susu.

    Jadi guru

    Sudah berada dalam industri hiburan hampir 20 tahun lamanya, Erra diajukan pula soalan tentang kemungkinan dia menjadi guru lakonan mahupun vokal.
    "Erra belum terlintas lagi mahu jadi guru. Sekarang ini pun, jadual begitu padat. Tetapi, mungkin satu hari nanti bila sudah kurang berlakon dan merasa diri sudah tidak laku saya akan memikirkannya," katanya sambil melirikkan senyuman yang menawan.

    Ulasnya, tanggungjawab untuk mengajar vokal, tarian mahupun lakonan bukan tugas yang mudah. Ia memerlukan komitmen yang tinggi untuk menggilap bakat baru bagi dijadikan bintang.

    Beralih pula cerita mengenai si puteri jantung hatinya, Engku Aleesya, Erra memberitahu, genap 30 Mac lalu puterinya sudah berusia dua tahun.
    Engku Aleesya yang kini sudah mencapai berat badan 15 kilogram sentiasa diberi perhatian biarpun dirinya sibuk.

    "Saya akan pastikan jika ada masa terluang saya akan bawa Aleesya keluar dan peruntukkan masa sepenuhnya bersama dia," kata Erra.

    Jurulatih NS hadapi 21 tuduhan rasuah

    SEREMBAN: Isu rasuah skuad bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan memasuki fasa baru apabila jurulatih pasukan itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas 21 pertuduhan mengatur keputusan perlawanan membabitkan suapan wang berjumlah RM24,900, dua bulan lalu.
    Yusarman Yusof, 35, yang berpakaian serba gelap kelihatan tenang dan menganggukkan kepala sebagai tanda faham terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah secara berasingan di depan Hakim Datin Nursinah Adzmi.

    Bapa kepada dua anak itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan berkenaan dan meminta untuk dibicarakan.

    Mengikut sembilan pertuduhan awal, Yusarman didakwa dengan niat bersama dua individu yang masih bebas secara rasuah memberi suapan wang tunai berjumlah RM300 kepada setiap sembilan pemain bola sepak skuad Piala Presiden Negeri Sembilan di Pusat Komersial Cempaka, Senawang, kira-kira jam 9 malam, 19 April lalu.

    Suapan itu bertujuan sebagai dorongan supaya semua pemain berkenaan membantu menjaringkan gol dan memberi peluang kepada pasukan bola sepak Piala Presiden Pulau Pinang SDM Navy memperoleh gol apabila mendapat isyarat daripada seseorang dalam perlawanan di Stadium Bertam, Pulau Pinang, 21 April lalu.

    Monday, June 6, 2011

    *** Char kuey tieow ***



    Hurmmmm sedapnye klaw petang2 ngan cuaca yg elok
    dapat menjamu selera ngan char kuey tieow...
    sob3x...arie nie ck wawa berpose...
    TAPI....
    still nk updated belog cos nk cite pasal
    makanan yg my sayang sediakan untuk ck wawa+family
    nyummm....terliur plak....HAHA..



    Mekaseh bebyk sayang...
    En Shafanizam Said

    Selamat Ulangtahun Mak!!


    ALLAH SELAMATKAN KAMU

    ALLAH SELAMATKAN KAMU

    ALLAH SELAMATKAN KAMU

    ALLAH SELAMATKAN KAMU

    PN.MISNAH BINTI SELIM.....

    ALLAH SELAMATKAN KAMU



    Actually besday my mum 31/5/2011 yg lepas...
    TAPI ck wawa xde mood nk updated belog....

    weekend lepas ck wawa +my sayang+shakira
    wat BBQ and beli kek untuk my mum....

    tggu update for besday my mum
    next time....


    wasalam...

    Rozita tidak elak jumpa Shahir

    TIDAK surut-surut kontroversi yang mengaitkan aktres jelita Rozita Che Wan, 38. Selain kejelitaan, status sebagai ibu tunggal sering menjadikannya buruan banyak pihak.
    Justeru, apabila timbul gosip cinta antaranya dengan penyanyi dan pelakon muda Shahir, banyak pihak menimbulkan persoalan sama ada cinta antara mereka benar-benar terjalin atau tidak.

    Selepas Rozita sendiri membuat pengakuan telah menjalinkan hubungan cinta bersama Ahmad Shahir Zawani atau Shahir, 23, selama setahun lebih kepada pihak media, ramai yang terkejut dan tidak senang duduk.
    Namun begitu, pengakuannya itu umpama cinta yang bertepuk sebelah tangan apabila Shahir tidak pernah memberi sebarang pengesahan mengenai cinta mereka kecuali menjelaskan mereka adalah teman rapat.
    Kosmo! yang bertemu dengan Rozita pada majlis pelancaran cawangan kedua Jari Spa di Wangsa Maju baru-baru ini mendapatkan kenyataan daripadanya berhubung kontroversi itu.

    Kosmo!: Sejak kebelakangan ini semakin menjadi-jadi kontroversi cinta antara Rozita dan Shahir. Bagaimana Rozita menghadapi perkara ini?
    Rozita: Bukan saya yang nak besarkan isu ini, semuanya jadi besar apabila ada sahaja cerita mengenai saya dan Shahir di akhbar dan Internet. Sejak saya beri kenyataan (pengakuan cinta), kontroversi tidak habis-habis sampai sekarang. Saya nak buat macam mana, kena terima sahajalah.

    Apabila hanya Rozita yang lantang bersuara mengenai kisah cinta ini sedangkan Shahir lebih banyak berdiam diri dan tidak memberi sebarang pengesahan mengenai hubungan cinta itu, ia umpama cinta yang bertepuk sebelah tangan. Komen?
    Rasanya saya telah beri kenyataan mengenai perkara ini, jadi bagi saya berdiam diri lebih baik daripada berkata-kata. Jika saya cakap, nanti orang akan panjangkan isu ini saya rasa cukup-cukuplah.

    Adakah Rozita tertekan dengan kontroversi ini?
    Tidaklah, saya tidak tertekan dan tidak ada sebarang masalah. Saya okey dan menjalani kehidupan saya seperti biasa. Lagipun sekarang ini saya sibuk dengan penggambaran drama Annisa untuk slot Samarinda di TV3 dan anak sulung saya akan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah tahun ini, jadi saya beri tumpuan kepadanya.

    Selepas kontroversi ini, adakah Rozita berhenti atau mengelakkan diri daripada berjumpa dengan Shahir?
    Saya bukan buat salah pun, jadi kenapa mesti saya elak berjumpa dengan dia. Kami masih berkawan seperti biasa.

    Terbaru foto-foto Rozita dan Shahir bersama di Lapangan Terbang Tambang Murah, KLIA telah tersebar di Internet. Ketika itu, dikatakan kalian sedang menunggu penerbangan ke Alor Setar, Kedah. Adakah Rozita bawa Shahir berjumpa keluarga?
    Saya tahu mengenai foto itu, ada kawan-kawan beritahu saya tetapi saya tidak sempat untuk tengok lagi. Foto itu bukannya isu besar dan saya bukannya bawa dia balik kampung tetapi kami sedang dalam perjalanan ke lokasi penggambaran drama Cer Citer Cinta untuk Astro Prima yang akan ditayangkan pada Julai depan.

    Selain Shahir, Rozita turut dikaitkan dengan Zain Saidin yang digandingan dalam drama Annisa terbitan Zeel Production. Kalian juga dikatakan mempunyai hubungan istimewa?
    Kami kerap berlakon bersama dalam drama terbitan Zeel Production, ia tidak secara langsung menyebabkan kami rapat. Tidak semestinya rapat itu bercinta. Kami hanya kawan biasa, tidak lebih daripada itu.

    Mengapa sekarang nama Rozita kerap dikaitkan dengan lelaki yang lebih muda?
    Trend sekarang (ketawa). Tidaklah, dulu pun saya digosipkan dengan Datuk K, VIP dan ramai lagi, memang gosip ini sentiasa ada, bukan saya yang cari. Asalkan lelaki itu bukannya suami orang, apa salahnya sekadar berkawan biasa. Saya mempunyai ramai kawan daripada pelbagai peringkat usia.

    Kenapa Rozita memilih Shahir, lelaki yang lebih muda, sedangkan dengan kejelitaan yang dimiliki, Rozita mampu mendapatkan cinta lelaki yang seusia dan memiliki kehidupan yang stabil?
    Dalam satu-satu hubungan yang paling penting bagi saya adalah keserasian dan hati bukannya harta dan wang ringgit.

    Apa kata keluarga Rozita mengenai kontroversi cinta bersama Shahir kerana jarak usia sebanyak 16 tahun?
    Keluarga tidak cakap apa-apa, mereka pasti tahu sebab cerita ini keluar di akhbar. Tetapi saya tidak tahu apa pendapat mereka sebab saya tidak pernah bertanya mengenainya.

    Bilakah Rozita akan berkahwin semula?
    Saya tidak ada sasaran bila saya mahu berkahwin. Sekarang umur saya sudah 38 tahun, kalau saya masih anak dara mungkin saya ada sasaran umur tertentu. Sekarang apa yang penting adalah kerjaya, anak-anak dan perniagaan pakaian yang baru saya ceburi tahun ini.

    Rozita selalu menghabiskan masa di spa? Adakah Jari Spa merupakan spa kegemaran Rozita untuk memanjakan diri?
    Saya memang suka memanjakan dirinya di Jari Spa, namun disebabkan kepadatan jadual, saya selalunya hanya berpeluang ke spa sekali atau dua kali sebulan.