Monday, November 26, 2012

Design Kad Jemputan

Bismillah....

Pening..pening nak pilih design kad jemputan..

cik wawa tak tahu nak pilih design macam mane...

HELP!!! HELP!!

kat bawah nie cik wawa ada 5 design kad jemputan






Design - design nie cik wawa dapat dari  Design kad jemputan 

macam- macam design ada kat situ..


Friday, November 23, 2012

DIY bunga

Assalamualaikum...


Betol orang cakap,kalau nak kahwin macam-macam idea datang

untuk persiapan perkahwinan..dari baju nikah,doorgift untuk tetamu,bunga pahar

dan lain-lain...

Sekarang nie giliran cik wawa pulak...

nak tau ape dia???


DIY bunga pahar untuk doorgift pihak lelaki...



Sebenarnya ini idea spontan yang cik wawa dapat selepas belek-belek google

image bunga pahar,cik wawa nampak kat kedai Era Nona...



Ini hasilnyaa..cantik takk...

bile siap bunga nie,cik wawa what apps BFF mintak pendapat

ros : cantik,good idea...

cik wawa : hihihi :)


Cik wawa sengaja wat perbezaan tape lilit batang bunga...

agak-agak mane yang menarik..

akak cik wawa dgn Yan minat yang batang hijau..

tapi ros suke warma putih...

apa pendapat kawan-kawan blog?hihihihi



okey sudah siap 6 kuntum bunga...

Smile....suka dengan hasilnyaaaaaaa

Persiapan Pertama

Alhamdulillah...
Insyallah ....cik wawa ngan en tunang akan naik pelamin dalam tempoh empat bulan lagi
berdebar rasenye nak sampai ke tahap tu..
Hari jumaat lepas,cik wawa bersama en tunang ke pejabat kadi
di Kota Tinggi untuk mengambil borang pendaftaran perkahwinan
dengan bayaran RM 5 setiap satu borang.
fuhhhh...sekarang step pertama akan kami tempuhi.

Semoga segala perkara akan berjalan dengan lancar,Insyallah Amin..



Wednesday, November 14, 2012

Salam Maalhijrah 1434H


Salam Maalhijrah 1434H 


Alhamdulillah menginjak kita ke tahun baru Islam. Semoga tahun baru ni memberikan sejuta kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupan kita. Semoga Allah swt memanjangkan umur kita, memurahkan rezeki, dan mengampunkan dosa-dosa silam kita. Sesungguhnya yang baik datangnya dari ALLAH dan yang buruk dari diri kita sendiri


Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah


 marilah sama2 kita baca doa akhir thn dan awal thn pada ptg ni iaitu lps asar, 3 kali...dan lps maghrib 3 kali...


 



Monday, November 12, 2012

Happy Aniversary

Happy Aniversary Engagement

1 year ( 12/11/2011)

Norazura Idris 
&
Shafanizam Said


Alhamdulillah sudah setahun pertunangan kami,dan kami sedang menghitung 
hari sebagai ikatan yang sah sebagai suami isteri...
semoga segala urusan dipermudahkan Allah...


 Tuhanku…..
Sekiranya telah kau catatkan dia milikku,
dekatkanlah dia padaku,
titipkanlah kemesraan antara kami,
satukanlah hatinya dengan hatiku,
agar kebahagiaan itu kekal abadi dan
seiringkanlah kami dalam melayari hidup sejahtera.
 
Cincin tanda merisik dan tunang 
 
 
  bersama keluarga sebelah En Tunang
 
 bersama keluarga cik wawa
 
 bersama BFF cik wawa
 
 

Sunday, November 11, 2012

Selamat Pengantin Baru Siti Roziaton & Afnan

Selamat Pagi semuaaaaa...


Bile mood nak updated blog sampai...boleh kate hari-hari nak updated hihihi....
Ok,entry kali nie cik wawa nak ucapkan Selamat Pengantin Baru untuk member office mate
Siti Roziaton dan pasangannya Afnan...bersanding di Felda Machap Baru,Melaka
semalam 10 November 2012....jauhhhhh kan....tapi tak pe..kerana majlis persandingan mereka kami datang dari jauh..

Cik wawa  bergerak dari perkarangan Hospital Sultan Ismail jam 10:30am,dengan member office yang laen
iaitu Husnidar dan Azita..Cik wawa bawak Ayang (anak sedara ).Azita plak ajak kawan lelaki dia ,Wan sebagai pemandu kami..hihihih .Kami gerak sebuah kereta saja..

Almaklumlaaa semalam kan tarikh cantik 101112,so mesti ramai yang buat majlis perkahwinan jugak kan...tambah pulak sekolah rendah dan menengah dah start cuti..memang penuh la kenderaan kat jalanraya..
Alhamdulillah perjalanan kami selamat pergi dan balik...




Selamat Pengantin Baru..
Siti Roziaton & Afnan

Semoga berkekalan ke hujung nyawa dan moga cepat dapat baby...




Friday, November 9, 2012

PPM di Mortuary HSI


Assalamualaikum kawan-kawan...

Semoga hari ini lebih baik dari semalam...hari nie cik wawa nak cerita pengalaman buat PPM (Plan Preventive Maintenance ) kat Mortuary @ Forensik...ermmm berani tak nak masuk...sebenarnya nie kali ketiga cik wawa buat ppm kat sane..tapi semalam pengalaman pertama wat ppm kat BILIK MAYAT REPUT seorang diri..fuhhh kecut perut..

Pertama kali buat ppm kat sane,cik wawa buat dengan opismate kak shamsiah samkani.Kali kedua buat seorang dan kali ketiga nie buat seorang jugak..ermmm amik masa satu hari jugak berkampung kat sane..

Ok,cite pasal bilik mayat reput ada satu komputer...kat dalam tu ada peti sejuk besar untuk simpan mayat reput.Peti sejuk tu ada tempeture suhu,bile sampai tahap..peti sejuk tu akan ber bunyi tong! tong! fuhhh boleh rase nak lari kalau 1st time dengar hehehe...Semalam ngan khusyuk bersih kan monitor,mouse ngan keyboard sambil-sambil bace surah ape yang patut,sekali bunyi "tong!tong!"...huuuuhhh cik wawa maintain lagi wat keje macam biase...ngah wat-wat ape yang patut kat "form" ppm tu sekali masuk seorang staff forensik dari pintu sebelah belakang cik wawa..perggghhh kecut jantung...macam-macam dalam kepale otak nie.Padahal masa tu pintu depan cik wawa dah selak guna kerusi untuk menghilangkan rase gugup...kawan-kawan nak tau..staf tu masuk senyum jer tapi ngan selamba cik wawa cakap "terkejut aku"hahhahaaaaaa....

Lepas wat kat bilik mayat reput,cik wawa wat kat BILIK BEDAH SIASAT sebab ada 2 komputer..1st buat ade mayat seorang perempuan cina..semalam alhamdulillah tiada mayat tapi baru lepas wat bedah siasat satu mayat,cik wawa tak pasti pulak jantina mayat tu..sebelum masuk cik wawa mintak seorang staff forensik untuk teman (penakut la kate kan hihihihi) tapi bile masuk dalam bilik tu rupanye ada seorang staff ngah sediakan peralatan untuk bedah siasat satu mayat.SO dia la yang teman cik wawa wat ppm...nama dia Che Mat (pangkat pak cik laaaa )..hurmmm bau dalam bilik tu hamis...sbb baru pas bedah siasat mayat sebelom tu...kengkawan nak tau cik wawa jumpa ape kat dalam bilik tu....jeng jeng jeng...ada 2 komputer HAHHA...bukan laaa cik wawa nampak otak manusia dalam balang plastik dan alat-alat untuk bedah siasat mayat....fuhhhhh gerun mak noxs....HAHA..kat dalam bilik tu cik wawa wat keje dengan tenang sebab ade peneman...hihihih...

Dari bilik bedah siasat, terus ke opis-opis biase...opis tu tak de masalah laaaaaa cik wawa rilek jeeee,jom kite berkenalan ngan staff Forensik Hospital Sultan Ismail.....weeeeeewwwee





 -->Antara staff forensik...ketua jabatan Dr Rohayu yang pakai baju hijau..dia sangat baik..dan peramah...


-->Situasi dalam bilik bedah siasat hihihi nie pic ngah wat Experimen Arnab.


(sumber pic: Facebook Encik Abd Jawat )