Wednesday, November 14, 2012

Salam Maalhijrah 1434H


Salam Maalhijrah 1434H 


Alhamdulillah menginjak kita ke tahun baru Islam. Semoga tahun baru ni memberikan sejuta kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupan kita. Semoga Allah swt memanjangkan umur kita, memurahkan rezeki, dan mengampunkan dosa-dosa silam kita. Sesungguhnya yang baik datangnya dari ALLAH dan yang buruk dari diri kita sendiri


Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah


 marilah sama2 kita baca doa akhir thn dan awal thn pada ptg ni iaitu lps asar, 3 kali...dan lps maghrib 3 kali...


 



No comments:

Post a Comment